Monday 26 November 2012

ZIZAN'S TWITTER FAMILY BERNIAGA PULAK...

*UPDATED: Kuiz Zizan's Twitter Family yang pertama dimenangi oleh Nur Husna Izzati, Nurkhairunnisa dan Noraini. Hadiah telah saya poskan dan saya dah telefon mereka semua. Ada sedikit kelewatan sebab tshirt tidak dibenarkan hantar melalui Pos Ekspres. Jadi kena hantar balik melalui Poslaju. Hadiah tiket Shout Awards telah pun diterima oleh pemenangnya Asniza. So harap tiada yang buat fitnah ye...berdosa tu...kami buat kerja dengan ikhlas, tiada niat nak untung atau tipu sesiapa pun..


Salam semua...pertamanya terima kasih kepada Sis Marina Juki dan bro kita Zizan Razak sendiri yang banyak menyokong Zizan's Twitter Family. Sampaikan Zizan's Lil Sis pun dapat shout out dari Abang Jijan deme...wahhh suka lah kome...hahaha...maaflah terkeluar pulak bahasa Peghak ni...tq jugak Amani sebab bersungguh-sungguh jaga team adik-adik Zizan ni...percayalah walaupun umur muda tapi adik-adik ni besar kuasanya sebagai pengundi dan tukang promosi kan Amani kan? 

Syahdu pulak Zizan dua tiga hari ni...
Tayang baju sikit...hehe
Kepada semua peminat Zizan, Zizan's Twitter Family ada beberapa program. Antaranya jualan tshirt dan kalender. Jualan pertama adalah kalender sempena ABPBH 2012. TOLONG BACA BETUL-BETUL SUPAYA TIADA MASALAH NANTI..Pertamanya teman nak pesan yang projek ini adalah semata-mata untuk tujuan amal dan untuk undi Zizan & Kaka...teman akan cuba dapatkan printing yang terbaik...tapi harap sesiapa yang sudi beli tu, terimalah seadanya ok...insyaAllah niat kita baik dan dapat mendatangkan banyak kebaikan...Jasa korang hanya Allah yang membalasnya...


SEBELUM TEMPAH BACA DULU AKADNYA....BUKAN NIKAH ATAU PINJAMAN BANK RAKYAT JE ADA AKAD....hehehe


DESIGN KALENDAR, KLIK SINI >>> 
KALENDAR ZIZAN@ABPBH/TABUNG GAZA

MAKLUMAT JUALAN KALENDAR ZIZAN@ABPBH 

1. Ini adalah inisiatif Zizan's Twitter Family dan sudah rujuk kepada manager Zizan, Sis Marina Juki. Setiap jualan akan dilaporkan pada Sis Marina.Sebarang kekurangan atau kesilapan  adalah dari pihak kami dan bukan dari pihak Zizan atau Sis Marina..Maafkan kami ye...



2. Tujuan menjual kalender utk mengumpul wang utk undian ABPBH serta tabung aktiviti Zizan's Twitter Family, di samping  menderma kpd Tabung Gaza. 



3. 4 keping kalender saiz 4R dijual dengan harga RM10. Dengan bayaran ini, sesiapa yg beli akan mendapat 4 keping kalender. Kosnya adalah anggaran RM5 termasuk wang pos. Baki RM4.50 digunakan untuk undian ABPBH. Bererti dgn setiap pembelian, anda bantu Zizan & Kaka mendapat 3 undian (Kos BH = RM1.50 x3=RM4.50). Jika ada baki, masuk ke tabung aktiviti.



4. Sebanyak RM0.50 akan disumbangkan kepada Tabung Gaza, klik >>YAYASAN KEAMANAN GLOBAL PERDANA




5. Tujuan kita beli utk sokong Zizan sambil berderma...jadi harap jangan ada tak puas hati dan sebagainya...kualiti gambar tu sesuai la dgn harga...klu nak lg cantik, mahal...niat kami adalah sokong Zizan sambil bersedekah, langsung tiada niat ambil untung atau motif lain...faham kan...


6. Sesiapa yg berniat membuat tempahan sila PM (mesej ke inbox FB Kak Long iaitu teman le), klik sini >> FB KAK LONG ZIZAN'S TWITTER FAMILY dgn nama, no telefon, alamat dan jumlah tempahan. Cara bayaran akan dijelaskan dalam PM.


Terima kasih pada Team Zizan's Twitter Family iaitu Banu, Ain, Nurul, Aida, Eym, Mel, Fyza, Fariha aka My Kak Ngah, Ika dan Ena (yang dah ada geng pulak sekarang)....




Saturday 24 November 2012

ODISI ZIZAN'S TWITTER FAMILY KE SHOUT AWARDS 2012

<ALFATIHAH untuk Allahyarham datuk Fyza>

Salam semua...sorry lambat update...agak kelam kabut...oh panjang cerita kali ini, sudah jadi odisi, tarik nafas dulu, here goes...Alkisahnya Sis Marina Juki our angel telah berikan Zizan's Twitter Family 20 tiket Shout Awards...tengok post sebelumnya. So misi kita untuk hantar supporters Zizan ke Shout Awards, iaitu kali pertama kita pergi as ZTF. Sebelum tu, tahniah ZIZAN RAZAK sebab menang Best Onscreen Chemistry (dengan Johan) dan Favourite TV Personality (buat kali kedua!). Alhamdulillah & thank you semua yang undi dan promo tak henti-henti...sayang korang...

Tengok video dan gambar dulu ye..


We love Zizan for sure!!
KLIK SINI UNTUK GAMBAR >> ALBUM GAMBAR SHOUT AWARDS 2012

4.00 petang, 23 November 2012: Sampai di KL Sentral. Baru letak kaki, terus Nurul aka @purpleflyz869 call, katanya dah tunggu di depan entrance. Wow hebat kalah Evo10 ni...hehe...buat kali pertama, teman jumpa Nurul yang gorgeous dan peramah. Mimi kawan Nurul pun join, Mimi bila nak tweet ni hehe...

5.00 petang: Sampai di Sunway Pyramid. Tempat bersejarah bagi Nurul sebab hilang kereta selama sejam masa jumpa Mas Jozan FC kelmarin...adus, takpe lah Nurul, demi Jijan gitu..Pening cari tempat makan, sebab Sunway Pyramid ni besar gila. Memang sesat larat dibuatnya...nasib baik tak jumpa The Mummy...Akhirnya jumpa Chicken Rice Shop...terus terima sms @eymjozannerz our sister, katanya nak jumpa. Alhamdulillah, happynya teman dapat jumpa Eym! Cuma Ika aka @IkaNishniel tak sempat jumpa Eym sebab sesat. Tulah orang suruh cari kepala singa, dia nak cari kepala Zizan..ish ish ish

Eym, Nurul & Kak Long
7.30 malam: masa untuk berkumpul. Fanna & geng dari Lim Kok Wing University tiba. Dorang ni sporting habis dan sorak dengan Power Vocalnya untuk Zizan...sayang dorang! Tq Aida aka @nuraidatajuddin sebab tolong carikan dorang ni. Geng kita ramai kerja hari Jumaat dan tak sempat pergi. Ika tak sampai lagi, sesat pulak...jadi teman suruh Nurul dan geng masuk dulu. Nanti tak dapat tempat yang elok...

8.00 malam: akhirnya Ika tiba dengan Larrah dan Firrna kakak-kakaknya yang sama havoc gitu...happy sangat jumpa korang! Berkicap sudah katanya...istilah baru tu hehe. Ada lagi 3 orang kawan Aida belum sampai. So teman suruh Ika masuk dulu cari Nurul...adus tunggu lagi...

8.30 malam: Teman dah penat menunggu dan beratur nak masuk...akhirnya budak yang terakhir tu sampai...teman sempat pass tiket ikut celah pagar...lepas tu tak tahu apa jadi pada dia. Sampai di venue...mak aih sesak...tak dapat celus untuk join Nurul dan geng. Akhirnya teman ada betul-betul depan pentas...ruginya Zizan tak sempat ambik award...kalau tak betul-betul depan teman tu.

Shout Awards ni bukan taste teman...pada teman tak menarik langsung. Kalau tak kerana Zizan, bukan kata nak pegi, bukak 8TV pun tak pernah...haha...Yang tak bestnya, boleh silap umum award. Yasmin Hani dan gengnya umum calon Favourite TV Programme, tapi pemenangnya "Zizan Razak!!" Eh bila Zizan jadi TV show ni? Konfius teman haha dan geng kita pun konfius sebab tak perasan Zizan menang...hmmmm itu salah penganjur. Sebenarnya award tu Favourite TV Personality...takpe lah asal menang kan Zan..

Masa persembahan artis KPOP, apa namanya, Nu'Est kot berlaku insiden yang tak manis. Ramai penonton yang boo dan buang sampah atas pentas. Teman pun tak minat, tapi janganlah kurang ajar. Budaya kita ke tu? Geng ni berdiri tepi teman je...bangga pulak dorang bila sampah tu landing atas pentas...haish...kan dah jadi trending issue di Twitter...

Mangsa penonton..

Hosnya Hafiz Hatim dan siapa entah, tak perasan...memang tak best pada teman. Hambar. Hafiz tu asyik sebut nama Jalaluddin Hassan..ada orang laung,"Takde modal ke woi?" Kemudian ramai juga yang jerit, "Kami nak Jozan!"

Habis show kami tangkap gambar dengan banner...tq Far, Fyza, Nurul, Ena, Ika, Ain dan Aida kerana kongsi buat banner dan sepanduk tu...Dalam hati, ya Allah harap adik-adik ni dapatlah jumpa Zizan. Tapi nak janji tak berani sebab Zizan ada PC dan post party. Teman call Sis Marina tapi tak berangkat, dan memang teman pun tahu dia busy dengan PC tu. Tiba-tiba ada call. Kata Marina tunggu dekat Sunway Hotel. Teman pun dah cukup happy kalau sisters semua boleh jumpa Marina, kira itu pun cukup-cukup sudah. Rupanya dia datang dengan Zizan sekali. Yang mahal tu, terus Zizan datang bagi award dia pada teman, katanya "Ini award untuk kita". Alahai gugur jantung teman..baiknya mu Zizan...mungkin itu aksi spontan, tapi teman rasa cukup dihargai lah hehe...

"Ini award untuk kita" 
Dalam huru-hara tu, entah siapa yang Zizan maksudkan, tetiba katanya "Eh ingatkan toyol tadi" hahaha...lepas tu dia cakap pada Nurul "Haa nak hempas kamera ke" hehe...sebenarnya teman ni tengah kagum, tak perasan sangat apa dia cakap. Maaf ye yang bertanya tu hehehe...Masa call, Marina ada sebut semua orang letih, nak balik seawal mumgkin...tapi terima kasih sebab luangkan masa untuk kami...Akhirnya Faliq Jamadin (manager Kaka & Team Wire Fame) tarik tangan Zizan...kira signal lah tu...tapi ada yang sempat jugak snap gambar lagi...peminat katakan...

Kepada sisters yang tak dapat hadir mana-mana aktiviti atau teman yang tua nyanyuk ni tak sebut nama, jasa korang tetap dihargai dan hanya Allah membalasnya. Zizan hargai semua peminat tanpa pilih kasih dan ZTF pun macam tu juga...tak kisah ZFC ke Zizanner ke Jozanner ke...

Tq Nurul bersusah-payah untuk akak...siap booking hotel depan Metrowealth lagi...kalau hari Isnin mau juga pergi berpantun dengan David Teo hahaha

Me & Nurul!!
Akhir sekali, misi terbaru kita pastikan Zizan & Kaka layak ke Top 5 ABPBH...so harap setiap ahli boleh hantar 20 undian seorang...tolong promo macam masa Shout dulu k...penuhkan TL sampai 31 Disember...Zizan & Marina tengok Tweet setiap hari walaupun Zizan tak sempat balas...kalau kita sentiasa aktif, insyaallah nanti boleh buat aktiviti dengan Zizan especially pada 26hb, harap jadi kenyataan...amin...PS: kalau malas type, kat atas tu ada tweet button untuk ABPBH...klik je..










Tuesday 20 November 2012

LET'S DO THIS FOR ZIZAN OUR BRO :)


~Salam all...sebelum itu, let's say a prayer for Gaza~

Senin lepas teman dah dapatkan tiket Shout Awards dari sis Marina. Tq sis Marina yang bukan je sentiasa cantik tapi mesra alam tu...ni kalau puji confirm dia tak setuju punya, tapi takpe, dia tak nampak kot...hahaha...Bertuah la teman sebab masa tu ada Cik Kaka Azraff yang cantik sampai tak terkata dah...rasa nak kidnap bawak balik je...dah la dia nak suap-suap teman makan pulak...comelnya lah hai...nanti ABPBH kita promo Kaka Azraff sekali ye.. :)
                Update***SHOUT OUT to : @azniza2 pemenang Kuiz Zizan's Twitter Family yang ke-2 & my two lil sis @aunirozmi & @afqJZ
                                                                             
The Lovely Kaka Azraff

Tengok muka Kaka ni teringat pulak nak suruh vote, 22 Nov dah tutup...so KLIK je >> VOTE ZIZAN FOR SHOUT AWARDS!!


Teman harap semua rancangan kita dipermudahkan dan banner Zizan nanti ada di Shout Awards. Comel sangat banner tu, harap nampak kat tv nanti...masa kat Anugerah Blockbuster tak nampak banner Zizan kan? 

Zizan akan ke MLM, itu memang wajib, tapi kata sis Marina dia akan cuba ke Shout Awards selepas Jozan perform. Itu je yang dapat teman jawab pada yang bertanya ye...hehe...apa pun, supporters Zizan insyaallah ada di sana. Wakil Zizan's Twitter Family kita adalah Ika dan Nurul Ain (Dak Purple kata Mas Jozan FC) dan saudari berdua ni akan jaga team peminat Zizan dari berbagai ceruk... hahaha...teman rasa terharu sangat sebab sisters semua ready je nak bantu antaranya Fyza, Hani, Ena (gengster), Ika, Nurul, Ain, Far, Aida The Great (itu gelaran teman bagi) dan semualah...oh lupa lak tukang berita kita Mawar Redd...sayang korang tau...sis Marina pun sayang korang tau...nanti kalau jumpa dia di mana-mana, kenalkan diri ye...

Team Wire Fame ni baik sangat, sentiasa peramah dengan peminat macam Zizan jugak...macam teman cakap hari tu, Zizan ni one of the nicest people on earth...bukan la teman kata dia maa'sum ke apa, manusia mana ada yang sempurna termasuk kita sendiri...tapi sebagai artis pada teman tak rugi menyokong dia...i think he makes a good role model too sebab dia sentiasa berusaha majukan diri...dan dia tak pernah jemu melayan penyokongnya :)

Pasal apalah ter-speaking pulak...mungkin sebab dua tiga hari ni banyak cempelak menjadi nangka, macam-macam yang tak disangka...hahaha...akhir kata, Zizan's Twitter Family ni pun mesra alam juga, takde pilih kasih ke apa...kami ni rajin menyokong sesiapa saja yang sokong Zizan dan Jozan...tak kisahlah apa lable yang digunakan ...Jozannner ke Zizanner ke, kita semua satu family :)




Saturday 17 November 2012

MAHARAJA LAWAK MEGA 2012 EPISOD 1

Zizan we love you...hehe

Sebelum bercerita, kita undi dulu, KLIK SINI>> VOTE ZIZAN RAZAK FOR SHOUT AWARDS

Salam semua...sorry lambat update. Mengantuk pulak sampai rumah tadi...hehe...Alkisahnya teman ada mintak tiket Maharaja Lawak Mega 2012 pada kawan teman. Memang dia janji nak bagi, tapi tarikhnya tak tentu lagi. Tiba-tiba petang Khamis dia mesej suruh datang ambik tiket hari Jumaat. Memang agak kelam kabut la time tu... teman dah iklankan pada sisters Zizan's Twitter Family yang teman ada tiga tiket lagi...tapi last minute memang takde yang dapat pergi. Alhamdulillah cuti sekolah sekarang jadi takde masalah teman nak pegi sokong bro kita Zizan Razak dan kawan baiknya Johan...Tapi kata kawan teman, dia malas nak ikut sebab dah selalu sangat jumpa Zizan dan Johan...bukan poyo tapi realiti sebab dia produser Astro...hehehe

Akhirnya tiga tiket lagi tu teman bagi pada Mas Jozan FC dan memang elok benor la pun sebab dapatlah join geng JOZAN FC di sana. Kalau ternampak kad huruf J-O-Z-A-N tu (kat tv memang tak nampak pun sebab kamera tak zoom), yang pegang huruf N tu teman le. Siap kena sound lagi dengan floor manager sebab pegang huruf N terbalik hahaha..

Nak masuk dewan tu jenuh la beratur dan arahan petugas tu  pun mengelirukan sampai ramai penonton tak faham. Lama juga le menunggu. Kemudian Ibu (mak Zizan) tiba so semua Jozan FC pergi borak dengan dia. Kalau nak tahu, Ibu ni sangat mesra alam orangnya dan dia suka semua orang panggil dia Ibu. Cantik sangat orangnya, patutlah anaknya hensem..hehe...selain Ibu, mak sedara Zizan pun ada. Dia pulak bahasakan dirinya Umi. Mak sedara Zizan ni pun sama peramah macam Ibu, dan kami berborak sakan macam dah kenal bertahun-tahun....Yang comelnya Ibu dan Umi panggil Zizan "Adik". Manja gitu...hehehe

                             Ibu yang cantik dan peramah..

Tiba masanya, kami pun masuklah ke dewan...seatnya di bahagian atas (CC) jadi memang tak berapa strategik tapi takpelah asalkan dapat sokong Jozan. Secara jujurnya, teman sangatlah mengantuk tengok pelawak yang lain tu sampai nak terlena...tapi time Jozan memang segar-bugar lah hahaha...selain Jozan pada teman yang paling kelakar adalah Dato' AC Mizal. Penonton pun memang suka sangat dia, bila dia muncul ada yang berlaung "Kita karan dia" and bila dia umumkan sesuatu ramai yang jerit "Betul ke bohong?"...memang kelakar dan AC pun ada saja response nya :)

Bila Jozan keluar, stadium memang macam nak runtuh. Kalau kita tengok di tv pun memang penonton terujalah dengan persembahan Jozan. Maksudnya majoriti peminat yang bukan Jozan FC tu adalah peminat Jozan juga. Kalau kita tengok di kaca tv pun kita boleh dengar penonton tak berhenti bersorak masa giliran Jozan...bukan semua pelawak dapat response sebegitu...


Memang terujalah tengok aksi Johan sebagai AWIE aka Awas Bonggol di Hadapan...and of course bro kita Zizan memang hyper dan aktif sebagai peminat nerd tu...hehe. Sampai keluar air mata Awie ketawa. Ada seorang cameraman ni punyalah excited nak tangkap gambar reaksi Awie sampai jatuh tergelincir, itu yang korang boleh dengar AC kata "belum apa dah jatuh"..

Lepas show sempat jumpa dengan sis Marina Juki...mulanya dia kata tak dapat datang sebab ada wedding sepupu, tapi akhirnya dia singgah juga. Pada siapa yang belum tahu, sis Marina ni sangatlah baik dan peramah orangnya, selain cantik (tapi kalau puji-puji dia selalu tak mengaku..hehe). Apa-apa gosip yang korang baca tu abaikan je lah..memang tak benar!!! 

Lama menunggu lepas show, akhirnya Johan keluar dewan. Masa tu pelawak lain semua dah keluar, tapi Marina kata Jozan ada press conference. So Jozan paling lambat balik. Johan keluar dulu dengan wife dia. Sempat la ambik gambar Johan dan Ozlynn yang memang Hot Mama tu..

                      
Sweet Couple!

Lepas tu Zizan pulak keluar, tapi "dilarikan" oleh PAnya Black. Memang kalau tak buat gitu, jawabnya Zizan tak baliklah. Ramai nak kerumun dia. Malam tu dia memang letih sangat sebab sibuk sepanjang hari. Tapi teman sempat jumpa dia tanpa dirancang...so teman tunjuklah manila kad yang teman sempat buat sebelum datang ke Dewan MBSA. Dari pentas memang tak nampak sebab kecik...Zizan ni memang amat memahami orangnya, terus dia amik manila kad tu and dia posing...so teman tangkap la gambar dia. Ni teman nak cakap, tak sia-sialah korang sokong bro kita tu...Dia memang artis yang sangat menghargai peminat dan tak pernah  jemu layan peminat...tak kira betapa penatnya dia...and dia memang baca semua tweet. Walaupun mata dia dah kuyu tetap dia baca semua tweet peminat...yang ni teman tengok sendiri :)

Ada yang tanya apa yang Zizan cakap, of course la dia cakap terima kasih sebab sokong dia. Tapi bila tengok kad tu terus dia kata "Eh Twitter Family punya!" sambil senyum...hehe...teruskanlah menyokong dan mendoakan dia...he deserves it :) Walaupun dia memang mengantuk sangat, dia baca semua tweet tu...Walau apa gosip pun korang baca, abaikan jelah sebab hakikatnya he is one of the nicest human beings on earth ;)

Gambar ada kat FB teman ALBUM MAHARAJA LAWAK MEGA 2012 EPISOD 1

Anyway tahniah Jozan sebab #TeamJozan trending semalam dan dapat undian tertinggi...moga berkekalan hingga bergelar juara...amin..PS: Jangan lupa promo Shout Awards sebab minggu depan dah tutup...22 November...And thank you Mas Jozan FC yang begitu sporting dan baik hati..

Eh...sapa lagi tak jadi ahli blog teman? Just click sini >> https://accounts.google.com/NewAccount Buat akaun google and klik "join this site "..






Thursday 15 November 2012

JOZAN FOREVER!!!

SALAM SEMUA...MELATI DESA & KAK LONG IN THE HOUSE...FB Mel www.facebook.com/HotNewsBeritaTerkiniZizanRazak masih belum post lagi...so masih menumpang blog ni ye...apa pun semua excited sebab Maharaja Lawak Mega 2012 kan bersiaran malam ini!! Apa lagi Kak Long yang kan tengok live malam ni ye..(kata Kak Long: nervous la pulak..hehe). Doakan dipermudahkan untuk Kak Long Needa ye..

Mel pun tak tahu nak cakap panjang-panjang (almost speechless) , Berita Hari ini sekadar makluman tentang MLM hari ini dan harap korang tolong tengok video kami banyak-banyak...c'mon guys sikit lagi video Zizan Razak nak dapat 1000 views! Kalau google boleh detect, senang tarik orang tengok blog & FB kita kan baru senang kita promo bro kita ZIZAN RAZAK & Jozan too...


BERITA HARI INI (16/11/2012)

1. #MaharajaLawakMega - Masa yang di nanti akan tiba tak lama lagi! Tinggal SEHARI sahaja lagi!! Korang sume nak tengok Maharaja Lawak Mega secara langusung? Jom dapatkan Pass Masuk Percuma di Auditorium MBSA.. Pas akan mula di edarkan mulai setiap jumaat bermula 3 petang.. Pas masuk adalah TERHAD!! KLIK: http://www.facebook.com/MaharajaLawak

2.#MaharajaLawakMega - Jom hidupkan enjin TWITTER anda dan sertai peraduan MEGA TWEET RACE! akan datang! dan jangan lupa saksikan himpunan pelawak-pelawak beraksi di Maharaja Lawak Mega 2012, yang akan mula bersiaran pada 16 November 2012 di Astro Warna, Mustika HD dan Astro On-The-Go!Dan pada minggu pertama anda juga boleh saksikan di Youtube Astro Gempak


3. JANGAN LUPA VOTE ZIZAN FOR SHOUT AWARDS!! TUTUP 22 NOV!! PASTU TAK PERLU  
    UNDI DAH...AND TOLONG PROMO YE NANTI LUPA SEBAB ADA MLM!! 
    KLIKVOTE  ZIZAN RAZAK FOR SHOUT AWARDS!!!

WATCH!!!!

 

WATCH!!

 

Wednesday 14 November 2012

BERITA TERKINI ZIZAN RAZAK BERSAMA MELATI DESA

SALAM MAAL HIJRAH semua....sharing is caring...Melati Desa in the house! Sedeyyyy dimaklumkan akaun FB saya kena virus dan tak boleh post untuk 48 jam...uwaaa...tapi Alhamdulillah saya dapat log in...sebelum tu log in pun tak boleh...anyway tq Kak Long yang bagi password and benarkan saya tumpang blog ni untuk 2 hari...tq teacher I love you...mwah mawah...heeeee~

UPDATED> PEMENANG KUIZ ZIZAN'S TWITTER FAMILY: 
*Pemenang berdasarkan jawapan yang LENGKAP & TEPAT dan SLOGAN terbaik

1. Norkhairunisa Bt Ruslan ~Saya suka Zizan Razak kerana dia adalah Orang yang paling berbakat dalam bidang seni. Dia mampu buat semua orang ketawa walaupun hanya 2 minit.

2. Noraini Bt Ismail~Saya suka Zizan Razak kerana sikapnya yang menghargai peminatnya dan tidak pernah melupakan keluarganya

3. Nur Husna Izzati Binti Zainal Abidin ~Saya suka Zizan Razak kerana beliau seorang yang merendah diri dan tidak sombong serta beliau berjaya membuat saya ketawa


BERITA HARI INI (15/11/12)~EDISI FLASHBACK KARIER JOZAN sempena MAHARAJA LAWAK MEGA 20121

1. AFDLIN SHAUKI MENTOR KEPADA JOZAN~Afdlin Shauki banyak mendidik Zizan 
    dan  Johan, jom kita baca...
 


2. KENANGAN MANIS JOZAN




3. KALAU TAK BUAT NANTI CIKGU NEEDA aka KAK  
   LONG KAWASAN ROTAN, VOTE ZIZAN FOR SHOUT   
   AWARDS, takde susahnya, klik je sini, semua dah ada >>>


EDISI MINTAK TOLONG....tq kepada ramai yang dah awal-awal lagi tengok video-video saya...last time saya buat masa kat sekolah dulu...huwaa..sebab tu sempoi je...tapi ikhlas dari hati tau...mintak tolong klik-klik tengok ye sisters...walaupun dah tengok...kalau dapat lebih 1000 views nanti google boleh detect...Alhamdulillah google dah bole detect blog kita ni dan HOT NEWS BERITA TERKINI ZIZAN RAZAK


ZIZAN RAZAK ~ A JOURNEY

KLIK UTK VIDEO>> NOTA UNTUK JOZAN

KLIK UNTUK VIDEO >> ONE BROTHER AND MANY SISTERS

Akhir kata, thanks Kak Long, my teacher, my sister...love you always...

PS: Adoi...letih nak update blog ni...FB senang je...respek la kak long..hehe..pesanan Kak Long, tolong promo selalu #shoutawards...takut nanti sebab MLM orang lupa...tag @zizanrajalawak @marinajuki #Zizan'sTwitterFamily #ZFC dan tolong promo @KakaAzraff utuk FLAVA...walaupun Zizan tak online tapi dia memang baca tweets...buktinya..hehe...tanya Kak Long ;)

Sunday 11 November 2012

NOTA UNTUK JOZAN~MLM2012

Salam semua...debaran makin terasa...teman pulak yang rasa nervous...acaner ni...16 November nanti bermulalah Maharaja Lawak Mega 2012...pastinya Jozanners ~atau apa saja gelaran yang korang nak gelar diri korang~ dah tak sabar nak mengundi Jozan kan...

*UPDATED!!! SERTAI KUIZ ZIZAN'S TWITTER FAMILY. HADIAH TSHIRT DRIVE M7 & ORIGINAL DVD HANTU KAPCAI KLIK >> KUIZ ZIZAN'S TWITTER FAMILY ...JOIN NOW!

*UPDATED : Happy Birthday to Joyce Jozannerz..our sis from Sabah  (12/11/2012)

Pada teman Jozan tetap terbaik di hati teman tak kira menang atau kalah...tapi secara jujurnya la...sampai sekarang tak boleh tengok finale Maharaja Lawak sebab menjadi isu sensitif di hati teman hehe...apa pun kita tak boleh menidakkan takdir. Walaupun tak menang tahun lepas, tengoklah rezeki jejaka berdua tu semakin mencurah-curah. Satu lagi kita tak boleh menidakkan sumbangan pengundi yang vote sampai Jozan jadi naib juara...tanpa undian tu semua, mana mungkin Jozan berjaya macam sekarang kan? 

Dalam pada teruja nak tunggu MLM tu, jangan lupa undi our bro untuk Shout Awards tau...tarikh tutupnya 22 November dan jangan lupa SMS 50%. KLIK SINI >> 


Okay, so objektif teman buat post ni sebab Melati Desa baru buat video sempena menyambut MLM 2012....hebat adik gua sorang ni...teman rasa tak perlu nak cerita panjang-panjang sebab semuanya sudah terungkai dalam video Mel ni. 

 

*UPDATED ...MOH TENGOK VIDEO CIK FAR PULAK...ayoyo chammak callo...



Oh, teman ada janji nak shout out kat adik-adik baru kita...alamak teman tak ingat semua la dik....tapi yang sahih (sahih tu!) teman ada berjanji pada Nurfariha (bukan Far tau...hehe), Sabrina dan Yati Latif. Ye teman tau ada ramai lagi...pasni kita nak buat banci tau and tulis nama semua orang...thank you sisters sebab meramaikan family kami. Love you..and love our bro Zizan Razak tu sebab semalam dia menaip nama family kita...memang dia ada sebut family tu selalu tapi semalam dia siap guna hashtag #ZizansTwitterFamily tu...hehehe...terharu la teman...

Berbelit ke jari mu Zan? Hehe...
Til next time...tata...


Friday 9 November 2012

ZIZAN DI ANUGERAH SKRIN 2012

Salam semua...pagi-pagi lagi Melati Desa  dah nak update pagenya FBnya, KLIK sini >>  HotNewsBeritaTerkiniZizanRazak tapi katanya masih belum ada yang update tentang perjalanan majlis Anugerah Skrin 2012 semalam. So teman rasa, baik kalau teman sendiri yang update...haha...btw memang ramai blogger dan pengguna twitter yang puji persembahan our bro Zizan Razak malam tadi!

UPDATED: Video dah ada, tq SpeakerPecah & Aida yang bagi info..hehe



Pada teman la, perjalanan majlis sangat membosankan...tema fantasi tu macam melalut-lalut dan dragging...kata Miss Syahbanu, sekolah buat Hari Kantin lagi best...kalau tak percaya boleh klik sini >> #ASK2012 dan korang akan baca betapa ramainya orang yang puji Zizan Razak yang keluar tak sampai 5 minit!! Mungkin kerana begitu ramainya peminat yang bising di Twitter "Bila Zizan nak keluar?" maka hasilnya...Zizan trending!!! Itu pun Mel yang bagi tau teman, disebabkan Sydney takde TV3 dan dia malas nak tengok online...maka matanya terpandang di part trending tu...Tahniah Zizan!!! 


               

Rasanya macam berjanggut menunggu Zizan keluar tapi bila muncul memang gamatlah pentas...sampai artis lain pun ketawa besar bila Zizan kata dia tak nak angkat Fauziah Ghaus sebab "Aku ada air sembahyang" haha...korang juga boleh tengok betapa banyak tweet yang minta Zizan/Jozan jadi pengacara tahun depan...

Banyak permintaan untuk tangkap gambar Zizan kat tv tu...so thanks kepada Nurul Ain Jozan...teman cilok gambarnya ya!! Kata Harun Salim Bachik, "Robin Hood yang berhidung mancung!"

ZIZAN as Robin Hood & AQASHA as Badang
Ya ini dia Robin Hood kita!!

Dan gambar di atas ni teman cilok dari Instagram Afdal Shahizad...jangan saman teman ye...kita sama-sama sokong Zizan Razak tau...hehe...satu lagi kan, teman tengok orang besar Astro Nizam Sani online...dia pun dok mengomel pasal ASK...tak sangka teman tweet dia layan, banyak juga la ber-tweet...mesti dia tengah boring tahap gaban...tapi yang teman nak share part yang ni...terharu teman baca: 


Baru nak tidur tetiba Marina Juki pun online...sempat juga la bertweet dengan dia..klik sini Marina Juki

Okaylah so setakat itu di sini, teman pun tak breakfast lagi tapi demi Melati Desa dan Zizan Razak teman berusaha...hehe ..jangan lupa vote Zizan for Shout Awards okay, KLIK sini >> VOTE ZIZAN RAZAK FOR SHOUT AWARDS!!

Lastly jom tengok video ZIZAN RAZAK ~ A JOURNEY...tolong LIKE okay!! Til then...tata...

Wednesday 7 November 2012

CONGRATULATIONS AIDA

Salam all..post hari ni special sangat kerana meraikan salah seorang sisters kita dalam Zizan's Twitter Family...tapi tanggungjawab kena settle dulu tau..sebelum tu make sure you all vote for Zizan for Shout Awards, kalau malas mencari klik je di sini, semua link dan info ada, KLIK >>

Satu lagi siapa nak beli tshirt Drive M7 (oleh kerana telah dilantik secara tidak formal sebagai promoter baju oleh Zizan ~main-main je weh...jangan kome hantar stok pulak~ hehe), sila KLIK>>

Satu lagi kat tepi ni ada button Click to Support #ZizansTwitterFamily...kalau korang klik situ, Twitter akan promote Zizan for Shout Awards, so klik la selalu ;)

Okay, sekarang untuk yang diraikan...CONGRATULATIONS TO OUR SISTER NURAIDA TAJUDDIN kerana telah menerima DIPLOMA in TECH TELECOMMUNICATION dari ADTEC, Melaka


~Nak tengok lebih jelas, klik kat gambar. Sorry ye Aida, 

teman tak minta kebenaran pun, but this is a surprise for 

you, acaner nak mintak izin..hehe~



We're so proud of you Aida...I'm sure our bro Zizan Razak pun bangga juga...Aida ni gadis di perantauan mengubah nasib keluarga, dari Sabah ditiup angin bayu...Good luck to you Aida moga semua cita-cita Aida tercapai. Kore-korek arkib terjumpa pulak detik-detik awal kenal Aida...hehe..nak tengok lebih jelas, klik pada gambar: 


Nak rewind le pulak video Melati Desa ni sebab ada Aida, korang tengok dan LIKE tau....share pun bole, kasi Mel up sikit...hehe...til then let's pray for our bro, next week is the BIG DAY for him...MAHARAJA LAWAK MEGA 2012...on the 16th November...semoga rezekinya murah dan kali ini bergelar JUARA dengan JOHAN...amboi korang dengar tak gosip Mak Jemah semalam, KLIK >> MAK JEMAH GOSIPKAN ZIZAN DENGAN DINA!!!

~Til then...tata...and thank you bro Zizan kerana meng-follow teman yang seberapa ni...hehe


Monday 5 November 2012

MOH BELI BAJU DRIVE M7

SALAM semua...akhir-akhir ni memang cempelak selalu menjadi nangka...banyak benor yang tak disangka..Alkisahnya teman order baju Drive M7 untuk orang kat seberang laut. Katanya nak datang KL kan...siapakah itu? Hehehe..kagum teman sebab dalam masa sehari tshirt tu dah sampai. Baru teringat Terengganu tak cuti hari Ahad, maka sebaik saja teman order, terus Ayu yang handle order tu poskan...hebat betul memang laju macam Evo10!!

Oleh kerana teman ni takde kerja sesangat, teman pun tweet la gambar baju yang dah sampai...tiba-tiba ramai orang yang follow & banyak pulak orang tanya macam mana nak beli baju. Hairan pulak...selalu teman tweet takde pulak sehebat ini response nya...Kemudian terpandang tweet Fika, "Abang RT kakak!" Patutlah ini keje Mael Lambong rupanya...hehe...ingatkan ramai orang kagum sebab teman beli baju tu...hehehe..

INI SEMUA MAEL LAMBONG PUNYA KERJA!!
Kata Auni, Kak Needa buat la post pasal baju ni...okay la adikku sayang..demi mu dan Mael Lambong seorang..hehe..

SESIAPA NAK BELI BAJU DRIVE M7, klik sini ye >>> 

Btw, just to remind you guys, vote la our bro ZIZAN RAZAK for SHOUT AWARDS...voting tutup 22 NOVEMBER...Maharajalawak Mega starts on 16 NOVEMBER...nanti korang dah sibuk vote MLM pulak...so jangan lupa pasal Shout Awards tau...klik here to vote, tak perlu susah-susah cari >> 

Lastly moh le tengok dua video Melati Desa yang syahdu ni...dah tengok pun tengok la lagi, kasi up sikit...kesian Mel nun jauh di perantauan hehehe...tolong LIKE tau..

 


Visit juga blog terhebat >> JOZAN FC MALAYSIA (OFFICIAL) dan MISS BANU STORY ...til next time...love you all :)