Wednesday 19 December 2012

Teman Dah Tak Sabor Yong!




Salam semua...tak sabar rasanya nak pergi ke Gathering Zizan's Twitter Family kita pada 26hb Disember ...terima kasih sangat kepada Sis Marina Juki yang menjadikannya satu realiti...Syukur Alhamdulillah kepadaNya kerana bukan sahaja melorongkan jalan dan mempermudahkan segalanya hingga ke tahap ini...Sabar ye Yani (sister kita dari Brunei) jangan nanti pergi drive kapalterbang pulak macam kata Zizan..hehe

Dan terima kasih juga kepada Sis Mas Abd Hamid orang kuat Jozan kita yang gorgeous kerana sokongan beliau...wah 'beliau' tu...sungguh cikgu bahasa teman...

Semalam baru PM dengan Ibu yang sporting lagi cantik manis...Katanya, "Ibu dah tua, boleh ke pegi gathering macam tu...tapi demi Zizan anak Ibu....Ibu tolakkan rasa malu tu...yang penting semua sayang Zizan"....awww sweetnya...itulah Ibu...memang seronok kalau dapat jumpa dia :)

Alkisahnya selepas bayar duit di Red Box, The Curve tempoh hari, teman terserempak dengan Cik Kaka Azraff yang  jelitawan dan managernya Faliq. Seronoknya dia bila teman cakap yang #ZTF akan undi dia masa Paper Party nanti...Terharu katanya. Lagi satu, kata Kaka, dia memang gila karaoke. Elok sangatlah buat kat Red Box.

Fuh selambanye teman...pergi The Curve dressing macam nak pegi pasar...maafkan sayer 

Nurul ada tanya, okay ke kalau kita ajak artis terkenal nyanyi nanti? Haa ni dia jawapan Kaka.....

"Kak Needa, nanti mike jangan bagi orang lain, biar Kaka je nyanyi sepanjang malam," kata Kaka. 

Hehe...memang sporting Zizan, Kaka, Sis Marina dan semuanya...kalau ada baca gosip-gosip yang sebaliknya, hmmm memang palsu lah...jumpa dorang sendiri baru tahu!

Jadi bila dah sebut kisah Paper Party ni, maka sekali lagi teman nak minta tolong jasa baik ualls semua..kita amat mengalu-alukan sumbangan dalam bentuk akhbar atau cash pun boleh. Target kita nak dapatkan 1000 keping borang ABPBH untuk diisi masa Paper Party tu. Btw, borang terakhir dicetak pada 25hb Disember, jadi baik korang beli sekarang. Sesiapa yang berminat, call or sms me 014-2564081 k....

<Anyway, masa di Tanah Aina tempoh hari, Eym ada beritahu Zizan, kita nak vote banyak-banyak utk dia di ABPBH pada 27hb. Dia pun terharu & tanya, "Dari mana nak dapat borang banyak-banyak tu?"...nak je jawab, "Dari poket Doraemon, Zizan"..sweetnya Zizan ni..hehe>

Well, sampai di sini kali ini...kalau betul sayang Zizan, marilah sokong kami sokong dia :) peace y'all

Segmen Tambah Follower Di Hujung Tahun




Salam semua...jumlah follower saya sekarang 81...target tu kalau boleh 1000 macam twitter saya jugak...hehe...selamat berkenalan...kalau ada peminat Zizan Razak bolehlah sertai aktiviti kami...feel free to read all my posts about Zizan's Twitter Family :)




Thursday 13 December 2012

GATHERING ZTF BERSAMA ZIZAN RAZAK & KAKA AZRAFF


"Memang itu family Zizan" tq Eym..love you sis

Salam semua...Pertamanya syukur Alhamdulillah atas segala rahmat yang dikurniakanNya kepada kita. Teman sangat-sangat bersyukur kerana ditemukan dengan adik-adik teman dalam Zizan's Twitter Family. Tak sangka daripada minat yang sama terhadap seorang insan bernama Zizan Razak, lahirlah sebuah keluarga besar. Untuk pengetahuan semua, macam kata Sis Marina, kita semua satu family. Tak kisahlah apa label yang digunakan, ZFC ke ZTF ke, yang penting minat kita sama. Dan rasanya tak lengkap kalau family kita tidak disokong oleh JOZAN FC...jangan lupa vote JOZAN untuk MLM 2012 tau! Semua pun mula dengan huruf Z dan J, kalau huruf lain takde masuk dalam senarai ye...hehe

Jadi dengan besar hatinya, teman nak menjemput semua untuk menghadiri Gathering Zizan's Twitter Family bersama Zizan Razak dan Kaka Azraff. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Sis Marina Juki, pengurus Zizan yang cantik manis, hot dan peramah (ikhlas tu...hehe) atas sokonganmu. Begitu juga team Wire Fame yang semuanya mesra alam..

Tarikh: 26 Disember 2012
Masa  : 8.00-10.30 malam
Tempat: Red Box, the Curve, Mutiara Damansara
Bayaran: RM50 (sila jelaskan sebelum 18 Disember 2012)
*Untuk tempahan, sila hubungi Needa (014-2564081) atau Mas    (012-9169170)  seperti yang tertera di bawah.

Jom kita!!!

Antara acara adalah sesi beramah mesra dengan semua ahli khasnya dua orang sisters kita dari Brunei, karaoke dan permainan. Pastinya ada sesi bergambar dengan Zizan dan Kaka, kalau takde nanti memang tak sah kan..hehe...insyaAllah pihak Berita Harian akan hadir untuk memberi liputan memandangkan sekarang musim ABPBH kan...jadi mereka nak lihat apa aktiviti peminat Zizan..

Semua dijemput hadir, tak kisahlah sama ada anda menyertai ZFC, ZTF, Jozan Fc dll atau tidak menyertai sebarang group...semuanya kami alu-alukan :)


Selain itu, esoknya akan diadakan Paper Party...ramai yang tanya apakah itu...ok ini detailsnya...

ABPBH 2013 Paper Party
Tarikh:   27 Disember 2012
Masa  :  10.00 pagi
Tempat: Homestay di Kota Damansara

*Sebenarnya kami telah menyewa sebuah homestay dan di situ kami akan mengisi semua borang undian ABPBH yang telah dibeli melalui jualan Kalendar Zizan Lovers tempoh hari...sesiapa yang berminat boleh call Needa aka Kak Long di 014-2564081.

Semua aktiviti ZTF ada kami post di FB Group kami, klik dan sertai :


Jadi jangan tunggu, ramai sangat yang nak jumpa Zizan kan, jadi kami bawakan beliau kepada anda...hehe..peace y'all..

PS: Kalendar masih dijual, siapa berminat boleh call atau sms Kak Long aka Needa ye..hehe 

Terima kasih kepada yang telah beri sokongan...hanya Allah membalasnya..

Wednesday 12 December 2012

VIDEO ZIZAN UNTUK ZIZAN'S TWITTER FAMILY

Salam semua...tq sangat-sangat Eym yang menang percutian ke Tanah Aina kerana berusaha mintak Zizan buat video ni untuk kita. Dan Eym bersusah-payah buatkan album ZIZAN'S TWITTER FAMILY untuk bagi kepada Zizan. Untuk pengetahuan semua, Eym ada masa yang terhad untuk buat album tu. Niat dia supaya Zizan kenal family dia, macam yang Melati Desa ada buat dulu. Jasa Eym hanya Allah membalasnya...kalau Zizan kata dia sayang family dia, bererti dia sayang kita SEMUA...tq Zizan & tak lupa Sis Marina Juki yang sentiasa mesra :)

Nak tambah di sini, Zizan ni memang antara insan yang paling baik hati dan peramah. Tak tahulah siapa yang buat gosip dia sombong dan sebagainya...Zizan ni lah antara artis yang tak jemu layan peminat walaupun tak sihat atau letih. Dan Alhamdulillah insyaAllah Zizan, Along dan Sis Marina akan hadir gathering kita..harap ibu pun hadir...Zati kalau baca ni, I love you darling...hehehe. Doakan semuanya dipermudahkan dan berjalan lancar. Syukur sangat dapat jumpa sisters macam korang dan Allah bagi jalan untuk kita semua bertemu...kita tunggu Yani dari seberang sana.... :)

Jadi sesiapa yang tertinggal tu janganlah terasa. Pada akak kalau ada seorang pun yang dapat jumpa Zizan dan cerita tentang family kita, itu yang terbaik untuk semua orang. Sebab kita satu family, bukan individu. Dan kita sokong Zizan bukan untuk kepentingan diri tapi sebab kita sayang dia dan all our sisters...


 

  KLIK TO JOIN >> ZIZAN'S TWITTER FAMILY FB GROUP





Tuesday 4 December 2012

AKTIVITI ZIZAN'S TWITTER FAMILY: MOH LE KITA

*Alfatihah untuk arwah opah Nurul...teman tahu ini dugaan yang besar untuk Nurul...Kak Long & sisters lain sayang Nurul sangat-sangat tau...kami doakan arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman...kami sentiasa ada di sini untuk Nurul...we love you Nurul..

Salam semua...syukur Alhamdulillah setakat ni Zizan's Twitter Family bukan sahaja semakin besar tapi semakin erat persaudaraan kita (dah macam iklan tv gomen pulak...hahaha). Disebabkan sisters yang sungguh bersemangat dan sentiasa beri sokongan, banyak aktiviti yang dapat kita jalankan...love u alls. So post kali ni memang tentang AKTIVITI ZIZAN'S TWITTER FAMILY :) gembiranya teman dapat buat post ni syukur, syukur Alhamdulillah....

Sebelum tu, siapa tak join group FB kami lagi sila la >>>ZIZAN'S TWITTER FAMILY

Walaupun ahli kami bukan berjuta-juta, kami tetap aktif...kalau ramai tapi tak buat apa pun, buat apa....hehehehe #APTB (pinjam slogan orang punya). Slogan kita: JOZAN SERBA BOLEH!!!

Dan yang tak tahu sejarah Zizan's Twitter Family ni, moh le tengok video ni.Yang dah tengok pun tengok lagi, haih sikitnya views, sedeyyyy kata Melati Desa tau...hehe



OK NOW FOR THE ACTIVITIES..JOIN US... 
*Sebarang kelemahan adalah dari pihak ZIZAN'S TWITTER FAMILY dan BUKAN dari Zizan dan pihak pengurusannya...maafkan kami kalau ada kesilapan. KAMI TIDAK MENGAMBIL UNTUNG SEBALIKNYA SEMUA DIBUAT KERANA SAYANGKAN ZIZAN & SESAMA PEMINAT...


1. GATHERING ZIZAN'S TWITTER FAMILY

a)tempat: Red Box, The Curve, PJ

b)tarikh & masa : 26 Disember, 2012, 8.00 hingga 10.30 malam

c)bayaran: RM50 seorang termasuk makanan & cenderamata & kos penganjuran

-bayaran deposit RM30 boleh dibuat dari 2-15 Disember 2012..atau boleh bayar penuh terus

-bayaran penuh sebelum 24 Disember

d)BERMINAT SAHAJA, sila sms atau call Kak Long 014-2564081 (please don't ask me for Zizan's phone number...takde!!...hehe)

~Tujuan gathering ini adalah menyambut our sister Adyani Adanan dari Brunei

~Zizan TAK PASTI boleh hadir atau tidak...kena tunggu info k. Kitorang tak kisah Zizan..ada rezeki kita jumpa le...jangan stress tau..hehe. Dan sapa yang kata Zizan sombong tu? Tak baik tau  korang...Zizan ni lah artis yang tak jemu layan peminat tau...

~Tetapi tujuan UTAMA gathering adalah bertemu sis Adyanni serta sisters yang lain BUKAN  JUMPA  ZIZAN...klu ada Zizan itu bonus :)

~InsyaAllah kita akan rancang event dengan Zizan nanti tp pd tarikh lain...tarikh 26hb ni kita pilih sbb Adyanni ada di Malaysia..bukan senang dia nak datang :)

*kalau nak tahu Yani orang pertama yang follow teman di twitter. Dialah satu-satunya tempat berkongsi cerita pasal pasal Zizan sebab teman tak kenal orang lain yang share minat ni masa tu..tq Yani my sis..you're one of the reasons why we have this big family today :)

2. ZTF PAPER PARTY 
    ~tarikh: 27/12/2012
    ~hmmm yang ni kalau korang nak join contact me okay...

3. JOM TENGOK MAHARAJA LAWAK MEGA 2012 LIVE!!
    ~Tarikh: 28/12/2012
    ~ZIZAN'S TWITTER FAMILY AKAN RAMAI-RAMAI TURUN UNTUK SOKONG JOZAN!!

4. JUALAN KALENDAR ZIZAN LOVERS 2013: 
    Alhamdulillah sangat menggalakkan...tq kepada yang menyokong usaha kita...kepada yang nak beli tu boleh contact teman k...kat FB pun boleh...add me & hantar mesej ke inbox >> http://www.facebook.com/kaklong.ZTF

Deseign Kalendar Zizan Lovers 2013

Kalendar yang dah dipos...insyaAllah semua diposkan 
sebaik sahaja tempahan diterima...kami jujur tau

4. JUALAN TSHIRT
InsyaAllah jualan tshirt akan diadakan tidak lama lagi. Tshirt ini akan dipakai oleh semua peminat Zizan tak kiralah ZTF, ZFC atau apa jenis Z di Bukit Jalil untuk majlis kemuncak ABPBH 2013, kalau tak silap pada 7 April 2013...

Akhir sekali terima kasih all my sisters termasuk sis Marina Juki yang cantik-manis & banyak menyokong kami and of course our one bro Zizan Razak. Kerana Zizan kami bertemu, dengan izin dan rahmat Allah kami menjadi satu family besar yang tidak terbatas oleh lautan atau sempadan negeri...cewahhh...dan ahli kami macam-macam ada, dari budak sekolah rendah ke golongan purba macam teman. Dari guru ke pelajar sarjana ke jururawat, semuanya adik-beradik dalam Zizan's Twitter Family. Moga Allah permudahkan segala urusan agar semua yang kita rancangkan jadi kenyataan. Tak sabar rasanya nak jumpa korang semua! Dan moga Allah pelihara bro kita sorang tu En. Mohd Razizan...sesungguhnya dunia hiburan tu banyak cabarannya...saborrrr ye dik... :) til next time, peace y'all (pinjam lagi)...