Wednesday, 5 June 2013

I CARRY YOU IN MY HEART

[i carry your heart with me(i carry it in]

BY E. E. CUMMINGS
i carry your heart with me(i carry it in
my heart)i am never without it(anywhere
i go you go,my dear;and whatever is done
by only me is your doing,my darling)
                                                      i fear
no fate(for you are my fate,my sweet)i want
no world(for beautiful you are my world,my true)
and it’s you are whatever a moon has always meant
and whatever a sun will always sing is you

here is the deepest secret nobody knows
(here is the root of the root and the bud of the bud
and the sky of the sky of a tree called life;which grows
higher than soul can hope or mind can hide)
and this is the wonder that's keeping the stars apart

i carry your heart(i carry it in my heart)






Tuesday, 30 April 2013

THE DOMINO'S EFFECT (pun intended)

   Last Thursday I was thinking that my lil bros were in town. (A lot has happened since I had one follower named Adyanny hahaha). Anyway I was torn about whether to drop by or not...I mean what if I came and he said "OMG why can't the woman leave me alone?" Oh be still my fluttering heart...hahaha

   But my sisterly instict prevailed. And as with every good intention comes divine intervention. At the Domino's, I met one of my ex-rascals. 

   "Ini cikgu aku, guna akaun aku tau...buy one free one for my cikgu!!" he proudly announced. (Ok, so that had to be a good omen. Allah only grants free pizzas to the blessed.)

   So, armed with 11 large pizzas (5 bought + 6 free of charge) , I headed for the set. Mixed feelings. Excited to see my lil bros. But anxious. As usual. That I would end up annoying him and not be thought of as the welcoming tuan rumah.

   I often have dark clouds following me. They cloud my judgement sometimes hahaha. Dark clouds carrying dark thoughts eg that what I'm doing is worthless or not enough. That I continously fail him and everybody else. That he deserved more or better. See, that's why I don't give a rat's ass about haters. Because whatever trash they can think of, I've thought of it first.

   And then..he was there. So skinny I didn't see him behind some film-related objects. And he smiled. And said, "Terima kasih kak...Jomlah pergi kereta akak. Kita jamu semua orang".

   It was six in the evening and drizzling. But somehow it seemed like the sun was shining. The dark clouds were up above. I mean real ones. None in my head. LOL....<Love & hugs Yani..hehe>



Monday, 14 January 2013

SAYANG ZIZAN, SAYANG ZIZAN'S TWITTER FAMILY

Salam semua..hmm lama sangat tak update blog ni..banyak sangat nak difikirkan :) Apa pun kenangan terindah kita semasa Gathering Zizan's Twitter Family masih dalam kenangan, betul tak? Nampaknya agak gempak juga gathering kita sebab dapat liputan dalam akhbar. Pening jugak la teman minggu lepas disebabkan artikel dalam BH tu..haizz..teman memang sayang dengan adik teman budak Zizan Razak tu, dan teman bangga jadi penyokong dia...tapi teman memang tak berkenanlah bab masuk paper ni...ermmm takpelah terima kasih pada adik-adik yang selalu menjadi penguat semangat teman..you know who you are..

Jom tengok liputan media:


BH

BH

SINAR HARIAN

SINAR HARIAN

VIDEO BY MELATI DESA & IKA:


VIDEO BY NINIE: 

 

Keesokan harinya, selepas gathering tu, kita buat Paper Party..Alhamdulillah beratus-ratus borang yang kita kumpul melalui jualan kalendar dan sumbangan sisters semua. Nampak je sikit sebab borang tu sekeping je, tapi bila nak mengisi mak aiiii...jenuh kita...sampai Zizan pun pesan suruh tidur masa jumpa dia kat MLM..padahal dia sendiri pun dah flat sebenarnya lepas show...hehe..tq bro :) tq pada Gus dan Iyka Maaz yang datang...yang bestnya Larrah, Firna & Ika tu sungguh epic perjalanan dia ke homestay kami di Kota Damansara. Haha nak tau cite kena tanya dorang la...apapun agak kecewa jugalah sebab Man Belon tak dapat Top 5 hahaha...Alhamdulillah Zizan dapat pencalonan terbanyak dalam ABPBH kali ni termasuk undian online..so apa lagi korang vote online juga tau..


Kempen kita kali ini, hantar vote secara mingguan iaitu 7 borang seminggu. Korang poslah pada setiap Ahad bila dah cukup 7 borang. Tujuannya tak nak tunggu saat akhir takut terlepas tarikh, almaklum mesti lebih banyak undian yang peminat lain hantar. Satu lagi kalau hantar banyak kali, korang ada peluang lebih baik untuk menang hadiah kan...

TOLONG KEMPEN KAT TWITTER TAU!!

Banyak lagi teman nak cerita especially pasal MLM minggu ke-8 dan MLM di Ipoh, tapi takpelah kita sambung kemudian..doakan bro Zizan ye dalam semua urusan hidupnya :)


Tuesday, 1 January 2013

GATHERING ZIZAN'S TWITTER FAMILY: KENANGAN TERINDAH



Salam semua...sebenarnya dah lama Nurul suruh tulis update pasal  ZIZAN'S TWITTER FAMILY GATHERING BERSAMA ZIZAN RAZAK & KAKA AZRAFF ni..tapi teman tak tau apa nak tulis...rasanya terlalu banyak nak cerita sampai tak tahu mana nak mula...takpelah, kata Zizan, "Sebelum kecundang, kita mesti berusaha." Okay, so teman cuba le ni...hehe..tapi cer tengok link kat bawah ni dulu..

 

KLIK>> ARTIKEL ZTF GATHERING DI WEBSITE ABPBH
Bermula harinya...26hb Disember 2012...teman dah kecut perut tau. Gathering ni bawak nama Zizan...kalau ada salah silap teman rasa bersalah sangat pada Zizan dan sis Marina juga. Tak tahulah macam mana nak describe perasaan teman masa tu. Tapi teringat pulak panggilan telefon dari mak si Nano..mintak jemput Nano di KL Sentral..ala tomey tomey...suka pulak rasanya hehe...sampai di KL Sentral tengah tercangak-cangak..tetiba terdengar suara..."Kak Long!"...oh my... Nano rupanya dah ada di depan teman...katanya nak beli barang kejap dengan Bob kawannya dari Pasir Mas...Fyza pun ada..sempat jumpa Fyza :)


                                   
                                Awan Nano kusayang...

Tiba di homestay...memang puas hati dengan tempatnya...tak lama lepas tu Yan pun selamat tiba dari Teluk Intan dengan Ain, dan Aida pun ada sama...our Sabahan girl lost in Johor...belum apa tengok jam dah pukul enam...rupanya jam tu bila-bila pun pukul enam sebab dah mati hehe....Anyway pukul enam lebih kami pun bertolak ke Red Box, The Curve untuk bersiap-siap...Biasalah teman naik kereta Nurul jadi dua kali U-turn hahaha jangan marah Nurul, I love you!!!

Siap punya siap..dah pukul 8. Tapi ada 2-3 orang je yang sampai. Haihh risau jugak..kalau Zizan sampai dulu macam mana? Masa tu Ruby dan anaknya tiba. Anak Ruby yang 6 tahun ni penghidap leukemia..memang teman selalu berdoa dapat temukan dia dengan Zizan. Kata Ruby tiap-tiap hari anaknya tanya bila nak jumpa Zizan...Syukur Alhamdulillah dapat dia jumpa Zizan akhirnya.

Telefon berbunyi...Marina!! "You...datanglah jemput kitorang...kitorang kat depan ni," katanya. Aiseh...teman pun pergilah jemput Marina dan Zizan di pintu masuk. Dalam hati terfikir macam mana ni, orang tak datang lagi...tiba-tiba bila Zizan muncul ramai pulak orang yang sampai...hai...ajaib hahaha

Zizan & anak Ruby

Dalam pada kekacauan ni teman terlupa tentang Adyanny and Yana ...my sisters from Brunei!!! Kesian Yani, sebab kecut perut sangat teman antara nampak tak nampak Yani...sorry dear!! Hehe...Tapi Yani pun happy kan, sebab dapat duduk sebelah Tapak Sulaiman hahahaha

Hajat teman nak bagi ucapan partly in English memang tercapai...haha...ni sebab Zizan ada cakap dalam Primadona "Orang Terengganu semua cakak orang puteh"...haa ambik mu dik...tapi dia dengar dengan penuh penghayatan sampai marah Ika sebab bising hehe...Apa yang penting, petikan yang teman baca tu dari blog Yani...sampai Zizan pun tersipu-sipu dengar...sweet sangat blog Yani tu hehehe

Wajah gembira Zizan sepanjang majlis
Lepas tu...dapat microphone kat Zizan...habislah...semua acara dia conquer...yelah Pengacara Popular Malaysia katakan...berapa kali Marina pesan pada teman suruh tamatkan majlis...abeh camno...Zizan tak nak balik hahaha...pandai dia, dia cakap je terima kasih..lepas tu mic dia tak lepas. Dengan menyanyinya, dengan macam-macam cerita dia...akhirnya pukul 2 kot baru tamat. Itupun Marina paksa dia balik haha...Alhamdulillah, nampaknya Zizan gembira sangat masa majlis yang kita buat...kalaulah sepanjang malam dia muka masam mau rasanya teman nangis hehehe

Sampaikan teman risau kek yang susah payah Nurul order cair...teman bagitau Zizan, "Potong la cepat dik, nanti muka awak cair"...kalau tak dia nak menyanyi lagi tu hehe

 Kata Zizan, sebak nak potong muka hensem ni..hehe

Antara memori yang paling kelakar adalah mencari Zizan. Dia memang tak duduk diam orangnya. Ada satu masa tu cari tak jumpa, rupanya dia masuk dapur jumpa tukang masak. Mungkin nak mintak resepi...kata Ain dia suka makan jagung yang dihidangkan tu...hahaha. Tak sangka Zizan pun dah termasuk group jagung ni Eym!!! Haihhhh

Lupa pulak...Ibu dan Along, abang Zizan pun hadir bersama crew Drive M7...yang ni memang tak sia-sia datang..sebab mereka memang menyanyi sepanjang malam termasuklah si Along...

Apa lagi nak cerita...tak tahu dah..hehe...tq kepada semua yang hadir...sorry Kak Ngah tak dapat sembang lama...tapi kakaknya pun minat Zizan ye, siap bergambar lagi...hehe...kesian Eym tak sihat, sempat hantar coklat (yang aunty kepada Marina buat) je

Our door gifts...coklat tu aunty kepada Marina
 yang buat
Kaka Azraff yang cantik & sangat berbakat

Nampaknya setakat ini saja...tentang Paper Party dan Maharaja Lawak Mega nanti teman sambung...akhir sekali thank you my sisters...tanpa korang tak wujudlah ZTF kita ni...dan terima kasih sekali lagi Marina Juki yang menyokong kami sampai ke tahap ini :) Til next time...

*tq Yan, Nurul & Far for sharing my troubles..you guys mean a lot to me...

                                  



Wednesday, 19 December 2012

Teman Dah Tak Sabor Yong!




Salam semua...tak sabar rasanya nak pergi ke Gathering Zizan's Twitter Family kita pada 26hb Disember ...terima kasih sangat kepada Sis Marina Juki yang menjadikannya satu realiti...Syukur Alhamdulillah kepadaNya kerana bukan sahaja melorongkan jalan dan mempermudahkan segalanya hingga ke tahap ini...Sabar ye Yani (sister kita dari Brunei) jangan nanti pergi drive kapalterbang pulak macam kata Zizan..hehe

Dan terima kasih juga kepada Sis Mas Abd Hamid orang kuat Jozan kita yang gorgeous kerana sokongan beliau...wah 'beliau' tu...sungguh cikgu bahasa teman...

Semalam baru PM dengan Ibu yang sporting lagi cantik manis...Katanya, "Ibu dah tua, boleh ke pegi gathering macam tu...tapi demi Zizan anak Ibu....Ibu tolakkan rasa malu tu...yang penting semua sayang Zizan"....awww sweetnya...itulah Ibu...memang seronok kalau dapat jumpa dia :)

Alkisahnya selepas bayar duit di Red Box, The Curve tempoh hari, teman terserempak dengan Cik Kaka Azraff yang  jelitawan dan managernya Faliq. Seronoknya dia bila teman cakap yang #ZTF akan undi dia masa Paper Party nanti...Terharu katanya. Lagi satu, kata Kaka, dia memang gila karaoke. Elok sangatlah buat kat Red Box.

Fuh selambanye teman...pergi The Curve dressing macam nak pegi pasar...maafkan sayer 

Nurul ada tanya, okay ke kalau kita ajak artis terkenal nyanyi nanti? Haa ni dia jawapan Kaka.....

"Kak Needa, nanti mike jangan bagi orang lain, biar Kaka je nyanyi sepanjang malam," kata Kaka. 

Hehe...memang sporting Zizan, Kaka, Sis Marina dan semuanya...kalau ada baca gosip-gosip yang sebaliknya, hmmm memang palsu lah...jumpa dorang sendiri baru tahu!

Jadi bila dah sebut kisah Paper Party ni, maka sekali lagi teman nak minta tolong jasa baik ualls semua..kita amat mengalu-alukan sumbangan dalam bentuk akhbar atau cash pun boleh. Target kita nak dapatkan 1000 keping borang ABPBH untuk diisi masa Paper Party tu. Btw, borang terakhir dicetak pada 25hb Disember, jadi baik korang beli sekarang. Sesiapa yang berminat, call or sms me 014-2564081 k....

<Anyway, masa di Tanah Aina tempoh hari, Eym ada beritahu Zizan, kita nak vote banyak-banyak utk dia di ABPBH pada 27hb. Dia pun terharu & tanya, "Dari mana nak dapat borang banyak-banyak tu?"...nak je jawab, "Dari poket Doraemon, Zizan"..sweetnya Zizan ni..hehe>

Well, sampai di sini kali ini...kalau betul sayang Zizan, marilah sokong kami sokong dia :) peace y'all

Segmen Tambah Follower Di Hujung Tahun




Salam semua...jumlah follower saya sekarang 81...target tu kalau boleh 1000 macam twitter saya jugak...hehe...selamat berkenalan...kalau ada peminat Zizan Razak bolehlah sertai aktiviti kami...feel free to read all my posts about Zizan's Twitter Family :)




Thursday, 13 December 2012

GATHERING ZTF BERSAMA ZIZAN RAZAK & KAKA AZRAFF


"Memang itu family Zizan" tq Eym..love you sis

Salam semua...Pertamanya syukur Alhamdulillah atas segala rahmat yang dikurniakanNya kepada kita. Teman sangat-sangat bersyukur kerana ditemukan dengan adik-adik teman dalam Zizan's Twitter Family. Tak sangka daripada minat yang sama terhadap seorang insan bernama Zizan Razak, lahirlah sebuah keluarga besar. Untuk pengetahuan semua, macam kata Sis Marina, kita semua satu family. Tak kisahlah apa label yang digunakan, ZFC ke ZTF ke, yang penting minat kita sama. Dan rasanya tak lengkap kalau family kita tidak disokong oleh JOZAN FC...jangan lupa vote JOZAN untuk MLM 2012 tau! Semua pun mula dengan huruf Z dan J, kalau huruf lain takde masuk dalam senarai ye...hehe

Jadi dengan besar hatinya, teman nak menjemput semua untuk menghadiri Gathering Zizan's Twitter Family bersama Zizan Razak dan Kaka Azraff. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Sis Marina Juki, pengurus Zizan yang cantik manis, hot dan peramah (ikhlas tu...hehe) atas sokonganmu. Begitu juga team Wire Fame yang semuanya mesra alam..

Tarikh: 26 Disember 2012
Masa  : 8.00-10.30 malam
Tempat: Red Box, the Curve, Mutiara Damansara
Bayaran: RM50 (sila jelaskan sebelum 18 Disember 2012)
*Untuk tempahan, sila hubungi Needa (014-2564081) atau Mas    (012-9169170)  seperti yang tertera di bawah.

Jom kita!!!

Antara acara adalah sesi beramah mesra dengan semua ahli khasnya dua orang sisters kita dari Brunei, karaoke dan permainan. Pastinya ada sesi bergambar dengan Zizan dan Kaka, kalau takde nanti memang tak sah kan..hehe...insyaAllah pihak Berita Harian akan hadir untuk memberi liputan memandangkan sekarang musim ABPBH kan...jadi mereka nak lihat apa aktiviti peminat Zizan..

Semua dijemput hadir, tak kisahlah sama ada anda menyertai ZFC, ZTF, Jozan Fc dll atau tidak menyertai sebarang group...semuanya kami alu-alukan :)


Selain itu, esoknya akan diadakan Paper Party...ramai yang tanya apakah itu...ok ini detailsnya...

ABPBH 2013 Paper Party
Tarikh:   27 Disember 2012
Masa  :  10.00 pagi
Tempat: Homestay di Kota Damansara

*Sebenarnya kami telah menyewa sebuah homestay dan di situ kami akan mengisi semua borang undian ABPBH yang telah dibeli melalui jualan Kalendar Zizan Lovers tempoh hari...sesiapa yang berminat boleh call Needa aka Kak Long di 014-2564081.

Semua aktiviti ZTF ada kami post di FB Group kami, klik dan sertai :


Jadi jangan tunggu, ramai sangat yang nak jumpa Zizan kan, jadi kami bawakan beliau kepada anda...hehe..peace y'all..

PS: Kalendar masih dijual, siapa berminat boleh call atau sms Kak Long aka Needa ye..hehe 

Terima kasih kepada yang telah beri sokongan...hanya Allah membalasnya..