Thursday 13 December 2012

GATHERING ZTF BERSAMA ZIZAN RAZAK & KAKA AZRAFF


"Memang itu family Zizan" tq Eym..love you sis

Salam semua...Pertamanya syukur Alhamdulillah atas segala rahmat yang dikurniakanNya kepada kita. Teman sangat-sangat bersyukur kerana ditemukan dengan adik-adik teman dalam Zizan's Twitter Family. Tak sangka daripada minat yang sama terhadap seorang insan bernama Zizan Razak, lahirlah sebuah keluarga besar. Untuk pengetahuan semua, macam kata Sis Marina, kita semua satu family. Tak kisahlah apa label yang digunakan, ZFC ke ZTF ke, yang penting minat kita sama. Dan rasanya tak lengkap kalau family kita tidak disokong oleh JOZAN FC...jangan lupa vote JOZAN untuk MLM 2012 tau! Semua pun mula dengan huruf Z dan J, kalau huruf lain takde masuk dalam senarai ye...hehe

Jadi dengan besar hatinya, teman nak menjemput semua untuk menghadiri Gathering Zizan's Twitter Family bersama Zizan Razak dan Kaka Azraff. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Sis Marina Juki, pengurus Zizan yang cantik manis, hot dan peramah (ikhlas tu...hehe) atas sokonganmu. Begitu juga team Wire Fame yang semuanya mesra alam..

Tarikh: 26 Disember 2012
Masa  : 8.00-10.30 malam
Tempat: Red Box, the Curve, Mutiara Damansara
Bayaran: RM50 (sila jelaskan sebelum 18 Disember 2012)
*Untuk tempahan, sila hubungi Needa (014-2564081) atau Mas    (012-9169170)  seperti yang tertera di bawah.

Jom kita!!!

Antara acara adalah sesi beramah mesra dengan semua ahli khasnya dua orang sisters kita dari Brunei, karaoke dan permainan. Pastinya ada sesi bergambar dengan Zizan dan Kaka, kalau takde nanti memang tak sah kan..hehe...insyaAllah pihak Berita Harian akan hadir untuk memberi liputan memandangkan sekarang musim ABPBH kan...jadi mereka nak lihat apa aktiviti peminat Zizan..

Semua dijemput hadir, tak kisahlah sama ada anda menyertai ZFC, ZTF, Jozan Fc dll atau tidak menyertai sebarang group...semuanya kami alu-alukan :)


Selain itu, esoknya akan diadakan Paper Party...ramai yang tanya apakah itu...ok ini detailsnya...

ABPBH 2013 Paper Party
Tarikh:   27 Disember 2012
Masa  :  10.00 pagi
Tempat: Homestay di Kota Damansara

*Sebenarnya kami telah menyewa sebuah homestay dan di situ kami akan mengisi semua borang undian ABPBH yang telah dibeli melalui jualan Kalendar Zizan Lovers tempoh hari...sesiapa yang berminat boleh call Needa aka Kak Long di 014-2564081.

Semua aktiviti ZTF ada kami post di FB Group kami, klik dan sertai :


Jadi jangan tunggu, ramai sangat yang nak jumpa Zizan kan, jadi kami bawakan beliau kepada anda...hehe..peace y'all..

PS: Kalendar masih dijual, siapa berminat boleh call atau sms Kak Long aka Needa ye..hehe 

Terima kasih kepada yang telah beri sokongan...hanya Allah membalasnya..

4 comments:

  1. Moh le ramei2..lg ramei lg best..apa yg penting..kerjasama..yeahhhh..jom kite bkerjasama utk merialisasikn impian kite utk tgk ur beloved bro Zizan terus maju n maju dlm bidang seni ni..tk lupa juga pd kaka..peace no war!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sayang yan...sll bg smgt kat ZTF...hidup yong utk negara!!!

      Delete
  2. x dpt pegi.. hmm...kirim salam dekat abg zizan ye.. :))

    ReplyDelete