Wednesday 19 December 2012

Teman Dah Tak Sabor Yong!




Salam semua...tak sabar rasanya nak pergi ke Gathering Zizan's Twitter Family kita pada 26hb Disember ...terima kasih sangat kepada Sis Marina Juki yang menjadikannya satu realiti...Syukur Alhamdulillah kepadaNya kerana bukan sahaja melorongkan jalan dan mempermudahkan segalanya hingga ke tahap ini...Sabar ye Yani (sister kita dari Brunei) jangan nanti pergi drive kapalterbang pulak macam kata Zizan..hehe

Dan terima kasih juga kepada Sis Mas Abd Hamid orang kuat Jozan kita yang gorgeous kerana sokongan beliau...wah 'beliau' tu...sungguh cikgu bahasa teman...

Semalam baru PM dengan Ibu yang sporting lagi cantik manis...Katanya, "Ibu dah tua, boleh ke pegi gathering macam tu...tapi demi Zizan anak Ibu....Ibu tolakkan rasa malu tu...yang penting semua sayang Zizan"....awww sweetnya...itulah Ibu...memang seronok kalau dapat jumpa dia :)

Alkisahnya selepas bayar duit di Red Box, The Curve tempoh hari, teman terserempak dengan Cik Kaka Azraff yang  jelitawan dan managernya Faliq. Seronoknya dia bila teman cakap yang #ZTF akan undi dia masa Paper Party nanti...Terharu katanya. Lagi satu, kata Kaka, dia memang gila karaoke. Elok sangatlah buat kat Red Box.

Fuh selambanye teman...pergi The Curve dressing macam nak pegi pasar...maafkan sayer 

Nurul ada tanya, okay ke kalau kita ajak artis terkenal nyanyi nanti? Haa ni dia jawapan Kaka.....

"Kak Needa, nanti mike jangan bagi orang lain, biar Kaka je nyanyi sepanjang malam," kata Kaka. 

Hehe...memang sporting Zizan, Kaka, Sis Marina dan semuanya...kalau ada baca gosip-gosip yang sebaliknya, hmmm memang palsu lah...jumpa dorang sendiri baru tahu!

Jadi bila dah sebut kisah Paper Party ni, maka sekali lagi teman nak minta tolong jasa baik ualls semua..kita amat mengalu-alukan sumbangan dalam bentuk akhbar atau cash pun boleh. Target kita nak dapatkan 1000 keping borang ABPBH untuk diisi masa Paper Party tu. Btw, borang terakhir dicetak pada 25hb Disember, jadi baik korang beli sekarang. Sesiapa yang berminat, call or sms me 014-2564081 k....

<Anyway, masa di Tanah Aina tempoh hari, Eym ada beritahu Zizan, kita nak vote banyak-banyak utk dia di ABPBH pada 27hb. Dia pun terharu & tanya, "Dari mana nak dapat borang banyak-banyak tu?"...nak je jawab, "Dari poket Doraemon, Zizan"..sweetnya Zizan ni..hehe>

Well, sampai di sini kali ini...kalau betul sayang Zizan, marilah sokong kami sokong dia :) peace y'all

3 comments:

  1. Teman pun tk sabo ni kak long ...lmbt plak rasenye hari ni nk smpi 26 dec..huhu

    ReplyDelete
  2. org lain semua dh x sabo nk gi gathering tu, tp sy tgh sedey sbb x dpt pegi....T_T..hwaaa....nape mak ayah sy x bg pegi!!!!

    ReplyDelete