Wednesday 19 December 2012

Teman Dah Tak Sabor Yong!




Salam semua...tak sabar rasanya nak pergi ke Gathering Zizan's Twitter Family kita pada 26hb Disember ...terima kasih sangat kepada Sis Marina Juki yang menjadikannya satu realiti...Syukur Alhamdulillah kepadaNya kerana bukan sahaja melorongkan jalan dan mempermudahkan segalanya hingga ke tahap ini...Sabar ye Yani (sister kita dari Brunei) jangan nanti pergi drive kapalterbang pulak macam kata Zizan..hehe

Dan terima kasih juga kepada Sis Mas Abd Hamid orang kuat Jozan kita yang gorgeous kerana sokongan beliau...wah 'beliau' tu...sungguh cikgu bahasa teman...

Semalam baru PM dengan Ibu yang sporting lagi cantik manis...Katanya, "Ibu dah tua, boleh ke pegi gathering macam tu...tapi demi Zizan anak Ibu....Ibu tolakkan rasa malu tu...yang penting semua sayang Zizan"....awww sweetnya...itulah Ibu...memang seronok kalau dapat jumpa dia :)

Alkisahnya selepas bayar duit di Red Box, The Curve tempoh hari, teman terserempak dengan Cik Kaka Azraff yang  jelitawan dan managernya Faliq. Seronoknya dia bila teman cakap yang #ZTF akan undi dia masa Paper Party nanti...Terharu katanya. Lagi satu, kata Kaka, dia memang gila karaoke. Elok sangatlah buat kat Red Box.

Fuh selambanye teman...pergi The Curve dressing macam nak pegi pasar...maafkan sayer 

Nurul ada tanya, okay ke kalau kita ajak artis terkenal nyanyi nanti? Haa ni dia jawapan Kaka.....

"Kak Needa, nanti mike jangan bagi orang lain, biar Kaka je nyanyi sepanjang malam," kata Kaka. 

Hehe...memang sporting Zizan, Kaka, Sis Marina dan semuanya...kalau ada baca gosip-gosip yang sebaliknya, hmmm memang palsu lah...jumpa dorang sendiri baru tahu!

Jadi bila dah sebut kisah Paper Party ni, maka sekali lagi teman nak minta tolong jasa baik ualls semua..kita amat mengalu-alukan sumbangan dalam bentuk akhbar atau cash pun boleh. Target kita nak dapatkan 1000 keping borang ABPBH untuk diisi masa Paper Party tu. Btw, borang terakhir dicetak pada 25hb Disember, jadi baik korang beli sekarang. Sesiapa yang berminat, call or sms me 014-2564081 k....

<Anyway, masa di Tanah Aina tempoh hari, Eym ada beritahu Zizan, kita nak vote banyak-banyak utk dia di ABPBH pada 27hb. Dia pun terharu & tanya, "Dari mana nak dapat borang banyak-banyak tu?"...nak je jawab, "Dari poket Doraemon, Zizan"..sweetnya Zizan ni..hehe>

Well, sampai di sini kali ini...kalau betul sayang Zizan, marilah sokong kami sokong dia :) peace y'all

Segmen Tambah Follower Di Hujung Tahun




Salam semua...jumlah follower saya sekarang 81...target tu kalau boleh 1000 macam twitter saya jugak...hehe...selamat berkenalan...kalau ada peminat Zizan Razak bolehlah sertai aktiviti kami...feel free to read all my posts about Zizan's Twitter Family :)




Thursday 13 December 2012

GATHERING ZTF BERSAMA ZIZAN RAZAK & KAKA AZRAFF


"Memang itu family Zizan" tq Eym..love you sis

Salam semua...Pertamanya syukur Alhamdulillah atas segala rahmat yang dikurniakanNya kepada kita. Teman sangat-sangat bersyukur kerana ditemukan dengan adik-adik teman dalam Zizan's Twitter Family. Tak sangka daripada minat yang sama terhadap seorang insan bernama Zizan Razak, lahirlah sebuah keluarga besar. Untuk pengetahuan semua, macam kata Sis Marina, kita semua satu family. Tak kisahlah apa label yang digunakan, ZFC ke ZTF ke, yang penting minat kita sama. Dan rasanya tak lengkap kalau family kita tidak disokong oleh JOZAN FC...jangan lupa vote JOZAN untuk MLM 2012 tau! Semua pun mula dengan huruf Z dan J, kalau huruf lain takde masuk dalam senarai ye...hehe

Jadi dengan besar hatinya, teman nak menjemput semua untuk menghadiri Gathering Zizan's Twitter Family bersama Zizan Razak dan Kaka Azraff. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Sis Marina Juki, pengurus Zizan yang cantik manis, hot dan peramah (ikhlas tu...hehe) atas sokonganmu. Begitu juga team Wire Fame yang semuanya mesra alam..

Tarikh: 26 Disember 2012
Masa  : 8.00-10.30 malam
Tempat: Red Box, the Curve, Mutiara Damansara
Bayaran: RM50 (sila jelaskan sebelum 18 Disember 2012)
*Untuk tempahan, sila hubungi Needa (014-2564081) atau Mas    (012-9169170)  seperti yang tertera di bawah.

Jom kita!!!

Antara acara adalah sesi beramah mesra dengan semua ahli khasnya dua orang sisters kita dari Brunei, karaoke dan permainan. Pastinya ada sesi bergambar dengan Zizan dan Kaka, kalau takde nanti memang tak sah kan..hehe...insyaAllah pihak Berita Harian akan hadir untuk memberi liputan memandangkan sekarang musim ABPBH kan...jadi mereka nak lihat apa aktiviti peminat Zizan..

Semua dijemput hadir, tak kisahlah sama ada anda menyertai ZFC, ZTF, Jozan Fc dll atau tidak menyertai sebarang group...semuanya kami alu-alukan :)


Selain itu, esoknya akan diadakan Paper Party...ramai yang tanya apakah itu...ok ini detailsnya...

ABPBH 2013 Paper Party
Tarikh:   27 Disember 2012
Masa  :  10.00 pagi
Tempat: Homestay di Kota Damansara

*Sebenarnya kami telah menyewa sebuah homestay dan di situ kami akan mengisi semua borang undian ABPBH yang telah dibeli melalui jualan Kalendar Zizan Lovers tempoh hari...sesiapa yang berminat boleh call Needa aka Kak Long di 014-2564081.

Semua aktiviti ZTF ada kami post di FB Group kami, klik dan sertai :


Jadi jangan tunggu, ramai sangat yang nak jumpa Zizan kan, jadi kami bawakan beliau kepada anda...hehe..peace y'all..

PS: Kalendar masih dijual, siapa berminat boleh call atau sms Kak Long aka Needa ye..hehe 

Terima kasih kepada yang telah beri sokongan...hanya Allah membalasnya..

Wednesday 12 December 2012

VIDEO ZIZAN UNTUK ZIZAN'S TWITTER FAMILY

Salam semua...tq sangat-sangat Eym yang menang percutian ke Tanah Aina kerana berusaha mintak Zizan buat video ni untuk kita. Dan Eym bersusah-payah buatkan album ZIZAN'S TWITTER FAMILY untuk bagi kepada Zizan. Untuk pengetahuan semua, Eym ada masa yang terhad untuk buat album tu. Niat dia supaya Zizan kenal family dia, macam yang Melati Desa ada buat dulu. Jasa Eym hanya Allah membalasnya...kalau Zizan kata dia sayang family dia, bererti dia sayang kita SEMUA...tq Zizan & tak lupa Sis Marina Juki yang sentiasa mesra :)

Nak tambah di sini, Zizan ni memang antara insan yang paling baik hati dan peramah. Tak tahulah siapa yang buat gosip dia sombong dan sebagainya...Zizan ni lah antara artis yang tak jemu layan peminat walaupun tak sihat atau letih. Dan Alhamdulillah insyaAllah Zizan, Along dan Sis Marina akan hadir gathering kita..harap ibu pun hadir...Zati kalau baca ni, I love you darling...hehehe. Doakan semuanya dipermudahkan dan berjalan lancar. Syukur sangat dapat jumpa sisters macam korang dan Allah bagi jalan untuk kita semua bertemu...kita tunggu Yani dari seberang sana.... :)

Jadi sesiapa yang tertinggal tu janganlah terasa. Pada akak kalau ada seorang pun yang dapat jumpa Zizan dan cerita tentang family kita, itu yang terbaik untuk semua orang. Sebab kita satu family, bukan individu. Dan kita sokong Zizan bukan untuk kepentingan diri tapi sebab kita sayang dia dan all our sisters...


 

  KLIK TO JOIN >> ZIZAN'S TWITTER FAMILY FB GROUP





Tuesday 4 December 2012

AKTIVITI ZIZAN'S TWITTER FAMILY: MOH LE KITA

*Alfatihah untuk arwah opah Nurul...teman tahu ini dugaan yang besar untuk Nurul...Kak Long & sisters lain sayang Nurul sangat-sangat tau...kami doakan arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman...kami sentiasa ada di sini untuk Nurul...we love you Nurul..

Salam semua...syukur Alhamdulillah setakat ni Zizan's Twitter Family bukan sahaja semakin besar tapi semakin erat persaudaraan kita (dah macam iklan tv gomen pulak...hahaha). Disebabkan sisters yang sungguh bersemangat dan sentiasa beri sokongan, banyak aktiviti yang dapat kita jalankan...love u alls. So post kali ni memang tentang AKTIVITI ZIZAN'S TWITTER FAMILY :) gembiranya teman dapat buat post ni syukur, syukur Alhamdulillah....

Sebelum tu, siapa tak join group FB kami lagi sila la >>>ZIZAN'S TWITTER FAMILY

Walaupun ahli kami bukan berjuta-juta, kami tetap aktif...kalau ramai tapi tak buat apa pun, buat apa....hehehehe #APTB (pinjam slogan orang punya). Slogan kita: JOZAN SERBA BOLEH!!!

Dan yang tak tahu sejarah Zizan's Twitter Family ni, moh le tengok video ni.Yang dah tengok pun tengok lagi, haih sikitnya views, sedeyyyy kata Melati Desa tau...hehe



OK NOW FOR THE ACTIVITIES..JOIN US... 
*Sebarang kelemahan adalah dari pihak ZIZAN'S TWITTER FAMILY dan BUKAN dari Zizan dan pihak pengurusannya...maafkan kami kalau ada kesilapan. KAMI TIDAK MENGAMBIL UNTUNG SEBALIKNYA SEMUA DIBUAT KERANA SAYANGKAN ZIZAN & SESAMA PEMINAT...


1. GATHERING ZIZAN'S TWITTER FAMILY

a)tempat: Red Box, The Curve, PJ

b)tarikh & masa : 26 Disember, 2012, 8.00 hingga 10.30 malam

c)bayaran: RM50 seorang termasuk makanan & cenderamata & kos penganjuran

-bayaran deposit RM30 boleh dibuat dari 2-15 Disember 2012..atau boleh bayar penuh terus

-bayaran penuh sebelum 24 Disember

d)BERMINAT SAHAJA, sila sms atau call Kak Long 014-2564081 (please don't ask me for Zizan's phone number...takde!!...hehe)

~Tujuan gathering ini adalah menyambut our sister Adyani Adanan dari Brunei

~Zizan TAK PASTI boleh hadir atau tidak...kena tunggu info k. Kitorang tak kisah Zizan..ada rezeki kita jumpa le...jangan stress tau..hehe. Dan sapa yang kata Zizan sombong tu? Tak baik tau  korang...Zizan ni lah artis yang tak jemu layan peminat tau...

~Tetapi tujuan UTAMA gathering adalah bertemu sis Adyanni serta sisters yang lain BUKAN  JUMPA  ZIZAN...klu ada Zizan itu bonus :)

~InsyaAllah kita akan rancang event dengan Zizan nanti tp pd tarikh lain...tarikh 26hb ni kita pilih sbb Adyanni ada di Malaysia..bukan senang dia nak datang :)

*kalau nak tahu Yani orang pertama yang follow teman di twitter. Dialah satu-satunya tempat berkongsi cerita pasal pasal Zizan sebab teman tak kenal orang lain yang share minat ni masa tu..tq Yani my sis..you're one of the reasons why we have this big family today :)

2. ZTF PAPER PARTY 
    ~tarikh: 27/12/2012
    ~hmmm yang ni kalau korang nak join contact me okay...

3. JOM TENGOK MAHARAJA LAWAK MEGA 2012 LIVE!!
    ~Tarikh: 28/12/2012
    ~ZIZAN'S TWITTER FAMILY AKAN RAMAI-RAMAI TURUN UNTUK SOKONG JOZAN!!

4. JUALAN KALENDAR ZIZAN LOVERS 2013: 
    Alhamdulillah sangat menggalakkan...tq kepada yang menyokong usaha kita...kepada yang nak beli tu boleh contact teman k...kat FB pun boleh...add me & hantar mesej ke inbox >> http://www.facebook.com/kaklong.ZTF

Deseign Kalendar Zizan Lovers 2013

Kalendar yang dah dipos...insyaAllah semua diposkan 
sebaik sahaja tempahan diterima...kami jujur tau

4. JUALAN TSHIRT
InsyaAllah jualan tshirt akan diadakan tidak lama lagi. Tshirt ini akan dipakai oleh semua peminat Zizan tak kiralah ZTF, ZFC atau apa jenis Z di Bukit Jalil untuk majlis kemuncak ABPBH 2013, kalau tak silap pada 7 April 2013...

Akhir sekali terima kasih all my sisters termasuk sis Marina Juki yang cantik-manis & banyak menyokong kami and of course our one bro Zizan Razak. Kerana Zizan kami bertemu, dengan izin dan rahmat Allah kami menjadi satu family besar yang tidak terbatas oleh lautan atau sempadan negeri...cewahhh...dan ahli kami macam-macam ada, dari budak sekolah rendah ke golongan purba macam teman. Dari guru ke pelajar sarjana ke jururawat, semuanya adik-beradik dalam Zizan's Twitter Family. Moga Allah permudahkan segala urusan agar semua yang kita rancangkan jadi kenyataan. Tak sabar rasanya nak jumpa korang semua! Dan moga Allah pelihara bro kita sorang tu En. Mohd Razizan...sesungguhnya dunia hiburan tu banyak cabarannya...saborrrr ye dik... :) til next time, peace y'all (pinjam lagi)...

Monday 26 November 2012

ZIZAN'S TWITTER FAMILY BERNIAGA PULAK...

*UPDATED: Kuiz Zizan's Twitter Family yang pertama dimenangi oleh Nur Husna Izzati, Nurkhairunnisa dan Noraini. Hadiah telah saya poskan dan saya dah telefon mereka semua. Ada sedikit kelewatan sebab tshirt tidak dibenarkan hantar melalui Pos Ekspres. Jadi kena hantar balik melalui Poslaju. Hadiah tiket Shout Awards telah pun diterima oleh pemenangnya Asniza. So harap tiada yang buat fitnah ye...berdosa tu...kami buat kerja dengan ikhlas, tiada niat nak untung atau tipu sesiapa pun..


Salam semua...pertamanya terima kasih kepada Sis Marina Juki dan bro kita Zizan Razak sendiri yang banyak menyokong Zizan's Twitter Family. Sampaikan Zizan's Lil Sis pun dapat shout out dari Abang Jijan deme...wahhh suka lah kome...hahaha...maaflah terkeluar pulak bahasa Peghak ni...tq jugak Amani sebab bersungguh-sungguh jaga team adik-adik Zizan ni...percayalah walaupun umur muda tapi adik-adik ni besar kuasanya sebagai pengundi dan tukang promosi kan Amani kan? 

Syahdu pulak Zizan dua tiga hari ni...
Tayang baju sikit...hehe
Kepada semua peminat Zizan, Zizan's Twitter Family ada beberapa program. Antaranya jualan tshirt dan kalender. Jualan pertama adalah kalender sempena ABPBH 2012. TOLONG BACA BETUL-BETUL SUPAYA TIADA MASALAH NANTI..Pertamanya teman nak pesan yang projek ini adalah semata-mata untuk tujuan amal dan untuk undi Zizan & Kaka...teman akan cuba dapatkan printing yang terbaik...tapi harap sesiapa yang sudi beli tu, terimalah seadanya ok...insyaAllah niat kita baik dan dapat mendatangkan banyak kebaikan...Jasa korang hanya Allah yang membalasnya...


SEBELUM TEMPAH BACA DULU AKADNYA....BUKAN NIKAH ATAU PINJAMAN BANK RAKYAT JE ADA AKAD....hehehe


DESIGN KALENDAR, KLIK SINI >>> 
KALENDAR ZIZAN@ABPBH/TABUNG GAZA

MAKLUMAT JUALAN KALENDAR ZIZAN@ABPBH 

1. Ini adalah inisiatif Zizan's Twitter Family dan sudah rujuk kepada manager Zizan, Sis Marina Juki. Setiap jualan akan dilaporkan pada Sis Marina.Sebarang kekurangan atau kesilapan  adalah dari pihak kami dan bukan dari pihak Zizan atau Sis Marina..Maafkan kami ye...



2. Tujuan menjual kalender utk mengumpul wang utk undian ABPBH serta tabung aktiviti Zizan's Twitter Family, di samping  menderma kpd Tabung Gaza. 



3. 4 keping kalender saiz 4R dijual dengan harga RM10. Dengan bayaran ini, sesiapa yg beli akan mendapat 4 keping kalender. Kosnya adalah anggaran RM5 termasuk wang pos. Baki RM4.50 digunakan untuk undian ABPBH. Bererti dgn setiap pembelian, anda bantu Zizan & Kaka mendapat 3 undian (Kos BH = RM1.50 x3=RM4.50). Jika ada baki, masuk ke tabung aktiviti.



4. Sebanyak RM0.50 akan disumbangkan kepada Tabung Gaza, klik >>YAYASAN KEAMANAN GLOBAL PERDANA




5. Tujuan kita beli utk sokong Zizan sambil berderma...jadi harap jangan ada tak puas hati dan sebagainya...kualiti gambar tu sesuai la dgn harga...klu nak lg cantik, mahal...niat kami adalah sokong Zizan sambil bersedekah, langsung tiada niat ambil untung atau motif lain...faham kan...


6. Sesiapa yg berniat membuat tempahan sila PM (mesej ke inbox FB Kak Long iaitu teman le), klik sini >> FB KAK LONG ZIZAN'S TWITTER FAMILY dgn nama, no telefon, alamat dan jumlah tempahan. Cara bayaran akan dijelaskan dalam PM.


Terima kasih pada Team Zizan's Twitter Family iaitu Banu, Ain, Nurul, Aida, Eym, Mel, Fyza, Fariha aka My Kak Ngah, Ika dan Ena (yang dah ada geng pulak sekarang)....




Saturday 24 November 2012

ODISI ZIZAN'S TWITTER FAMILY KE SHOUT AWARDS 2012

<ALFATIHAH untuk Allahyarham datuk Fyza>

Salam semua...sorry lambat update...agak kelam kabut...oh panjang cerita kali ini, sudah jadi odisi, tarik nafas dulu, here goes...Alkisahnya Sis Marina Juki our angel telah berikan Zizan's Twitter Family 20 tiket Shout Awards...tengok post sebelumnya. So misi kita untuk hantar supporters Zizan ke Shout Awards, iaitu kali pertama kita pergi as ZTF. Sebelum tu, tahniah ZIZAN RAZAK sebab menang Best Onscreen Chemistry (dengan Johan) dan Favourite TV Personality (buat kali kedua!). Alhamdulillah & thank you semua yang undi dan promo tak henti-henti...sayang korang...

Tengok video dan gambar dulu ye..


We love Zizan for sure!!
KLIK SINI UNTUK GAMBAR >> ALBUM GAMBAR SHOUT AWARDS 2012

4.00 petang, 23 November 2012: Sampai di KL Sentral. Baru letak kaki, terus Nurul aka @purpleflyz869 call, katanya dah tunggu di depan entrance. Wow hebat kalah Evo10 ni...hehe...buat kali pertama, teman jumpa Nurul yang gorgeous dan peramah. Mimi kawan Nurul pun join, Mimi bila nak tweet ni hehe...

5.00 petang: Sampai di Sunway Pyramid. Tempat bersejarah bagi Nurul sebab hilang kereta selama sejam masa jumpa Mas Jozan FC kelmarin...adus, takpe lah Nurul, demi Jijan gitu..Pening cari tempat makan, sebab Sunway Pyramid ni besar gila. Memang sesat larat dibuatnya...nasib baik tak jumpa The Mummy...Akhirnya jumpa Chicken Rice Shop...terus terima sms @eymjozannerz our sister, katanya nak jumpa. Alhamdulillah, happynya teman dapat jumpa Eym! Cuma Ika aka @IkaNishniel tak sempat jumpa Eym sebab sesat. Tulah orang suruh cari kepala singa, dia nak cari kepala Zizan..ish ish ish

Eym, Nurul & Kak Long
7.30 malam: masa untuk berkumpul. Fanna & geng dari Lim Kok Wing University tiba. Dorang ni sporting habis dan sorak dengan Power Vocalnya untuk Zizan...sayang dorang! Tq Aida aka @nuraidatajuddin sebab tolong carikan dorang ni. Geng kita ramai kerja hari Jumaat dan tak sempat pergi. Ika tak sampai lagi, sesat pulak...jadi teman suruh Nurul dan geng masuk dulu. Nanti tak dapat tempat yang elok...

8.00 malam: akhirnya Ika tiba dengan Larrah dan Firrna kakak-kakaknya yang sama havoc gitu...happy sangat jumpa korang! Berkicap sudah katanya...istilah baru tu hehe. Ada lagi 3 orang kawan Aida belum sampai. So teman suruh Ika masuk dulu cari Nurul...adus tunggu lagi...

8.30 malam: Teman dah penat menunggu dan beratur nak masuk...akhirnya budak yang terakhir tu sampai...teman sempat pass tiket ikut celah pagar...lepas tu tak tahu apa jadi pada dia. Sampai di venue...mak aih sesak...tak dapat celus untuk join Nurul dan geng. Akhirnya teman ada betul-betul depan pentas...ruginya Zizan tak sempat ambik award...kalau tak betul-betul depan teman tu.

Shout Awards ni bukan taste teman...pada teman tak menarik langsung. Kalau tak kerana Zizan, bukan kata nak pegi, bukak 8TV pun tak pernah...haha...Yang tak bestnya, boleh silap umum award. Yasmin Hani dan gengnya umum calon Favourite TV Programme, tapi pemenangnya "Zizan Razak!!" Eh bila Zizan jadi TV show ni? Konfius teman haha dan geng kita pun konfius sebab tak perasan Zizan menang...hmmmm itu salah penganjur. Sebenarnya award tu Favourite TV Personality...takpe lah asal menang kan Zan..

Masa persembahan artis KPOP, apa namanya, Nu'Est kot berlaku insiden yang tak manis. Ramai penonton yang boo dan buang sampah atas pentas. Teman pun tak minat, tapi janganlah kurang ajar. Budaya kita ke tu? Geng ni berdiri tepi teman je...bangga pulak dorang bila sampah tu landing atas pentas...haish...kan dah jadi trending issue di Twitter...

Mangsa penonton..

Hosnya Hafiz Hatim dan siapa entah, tak perasan...memang tak best pada teman. Hambar. Hafiz tu asyik sebut nama Jalaluddin Hassan..ada orang laung,"Takde modal ke woi?" Kemudian ramai juga yang jerit, "Kami nak Jozan!"

Habis show kami tangkap gambar dengan banner...tq Far, Fyza, Nurul, Ena, Ika, Ain dan Aida kerana kongsi buat banner dan sepanduk tu...Dalam hati, ya Allah harap adik-adik ni dapatlah jumpa Zizan. Tapi nak janji tak berani sebab Zizan ada PC dan post party. Teman call Sis Marina tapi tak berangkat, dan memang teman pun tahu dia busy dengan PC tu. Tiba-tiba ada call. Kata Marina tunggu dekat Sunway Hotel. Teman pun dah cukup happy kalau sisters semua boleh jumpa Marina, kira itu pun cukup-cukup sudah. Rupanya dia datang dengan Zizan sekali. Yang mahal tu, terus Zizan datang bagi award dia pada teman, katanya "Ini award untuk kita". Alahai gugur jantung teman..baiknya mu Zizan...mungkin itu aksi spontan, tapi teman rasa cukup dihargai lah hehe...

"Ini award untuk kita" 
Dalam huru-hara tu, entah siapa yang Zizan maksudkan, tetiba katanya "Eh ingatkan toyol tadi" hahaha...lepas tu dia cakap pada Nurul "Haa nak hempas kamera ke" hehe...sebenarnya teman ni tengah kagum, tak perasan sangat apa dia cakap. Maaf ye yang bertanya tu hehehe...Masa call, Marina ada sebut semua orang letih, nak balik seawal mumgkin...tapi terima kasih sebab luangkan masa untuk kami...Akhirnya Faliq Jamadin (manager Kaka & Team Wire Fame) tarik tangan Zizan...kira signal lah tu...tapi ada yang sempat jugak snap gambar lagi...peminat katakan...

Kepada sisters yang tak dapat hadir mana-mana aktiviti atau teman yang tua nyanyuk ni tak sebut nama, jasa korang tetap dihargai dan hanya Allah membalasnya. Zizan hargai semua peminat tanpa pilih kasih dan ZTF pun macam tu juga...tak kisah ZFC ke Zizanner ke Jozanner ke...

Tq Nurul bersusah-payah untuk akak...siap booking hotel depan Metrowealth lagi...kalau hari Isnin mau juga pergi berpantun dengan David Teo hahaha

Me & Nurul!!
Akhir sekali, misi terbaru kita pastikan Zizan & Kaka layak ke Top 5 ABPBH...so harap setiap ahli boleh hantar 20 undian seorang...tolong promo macam masa Shout dulu k...penuhkan TL sampai 31 Disember...Zizan & Marina tengok Tweet setiap hari walaupun Zizan tak sempat balas...kalau kita sentiasa aktif, insyaallah nanti boleh buat aktiviti dengan Zizan especially pada 26hb, harap jadi kenyataan...amin...PS: kalau malas type, kat atas tu ada tweet button untuk ABPBH...klik je..










Tuesday 20 November 2012

LET'S DO THIS FOR ZIZAN OUR BRO :)


~Salam all...sebelum itu, let's say a prayer for Gaza~

Senin lepas teman dah dapatkan tiket Shout Awards dari sis Marina. Tq sis Marina yang bukan je sentiasa cantik tapi mesra alam tu...ni kalau puji confirm dia tak setuju punya, tapi takpe, dia tak nampak kot...hahaha...Bertuah la teman sebab masa tu ada Cik Kaka Azraff yang cantik sampai tak terkata dah...rasa nak kidnap bawak balik je...dah la dia nak suap-suap teman makan pulak...comelnya lah hai...nanti ABPBH kita promo Kaka Azraff sekali ye.. :)
                Update***SHOUT OUT to : @azniza2 pemenang Kuiz Zizan's Twitter Family yang ke-2 & my two lil sis @aunirozmi & @afqJZ
                                                                             
The Lovely Kaka Azraff

Tengok muka Kaka ni teringat pulak nak suruh vote, 22 Nov dah tutup...so KLIK je >> VOTE ZIZAN FOR SHOUT AWARDS!!


Teman harap semua rancangan kita dipermudahkan dan banner Zizan nanti ada di Shout Awards. Comel sangat banner tu, harap nampak kat tv nanti...masa kat Anugerah Blockbuster tak nampak banner Zizan kan? 

Zizan akan ke MLM, itu memang wajib, tapi kata sis Marina dia akan cuba ke Shout Awards selepas Jozan perform. Itu je yang dapat teman jawab pada yang bertanya ye...hehe...apa pun, supporters Zizan insyaallah ada di sana. Wakil Zizan's Twitter Family kita adalah Ika dan Nurul Ain (Dak Purple kata Mas Jozan FC) dan saudari berdua ni akan jaga team peminat Zizan dari berbagai ceruk... hahaha...teman rasa terharu sangat sebab sisters semua ready je nak bantu antaranya Fyza, Hani, Ena (gengster), Ika, Nurul, Ain, Far, Aida The Great (itu gelaran teman bagi) dan semualah...oh lupa lak tukang berita kita Mawar Redd...sayang korang tau...sis Marina pun sayang korang tau...nanti kalau jumpa dia di mana-mana, kenalkan diri ye...

Team Wire Fame ni baik sangat, sentiasa peramah dengan peminat macam Zizan jugak...macam teman cakap hari tu, Zizan ni one of the nicest people on earth...bukan la teman kata dia maa'sum ke apa, manusia mana ada yang sempurna termasuk kita sendiri...tapi sebagai artis pada teman tak rugi menyokong dia...i think he makes a good role model too sebab dia sentiasa berusaha majukan diri...dan dia tak pernah jemu melayan penyokongnya :)

Pasal apalah ter-speaking pulak...mungkin sebab dua tiga hari ni banyak cempelak menjadi nangka, macam-macam yang tak disangka...hahaha...akhir kata, Zizan's Twitter Family ni pun mesra alam juga, takde pilih kasih ke apa...kami ni rajin menyokong sesiapa saja yang sokong Zizan dan Jozan...tak kisahlah apa lable yang digunakan ...Jozannner ke Zizanner ke, kita semua satu family :)




Saturday 17 November 2012

MAHARAJA LAWAK MEGA 2012 EPISOD 1

Zizan we love you...hehe

Sebelum bercerita, kita undi dulu, KLIK SINI>> VOTE ZIZAN RAZAK FOR SHOUT AWARDS

Salam semua...sorry lambat update. Mengantuk pulak sampai rumah tadi...hehe...Alkisahnya teman ada mintak tiket Maharaja Lawak Mega 2012 pada kawan teman. Memang dia janji nak bagi, tapi tarikhnya tak tentu lagi. Tiba-tiba petang Khamis dia mesej suruh datang ambik tiket hari Jumaat. Memang agak kelam kabut la time tu... teman dah iklankan pada sisters Zizan's Twitter Family yang teman ada tiga tiket lagi...tapi last minute memang takde yang dapat pergi. Alhamdulillah cuti sekolah sekarang jadi takde masalah teman nak pegi sokong bro kita Zizan Razak dan kawan baiknya Johan...Tapi kata kawan teman, dia malas nak ikut sebab dah selalu sangat jumpa Zizan dan Johan...bukan poyo tapi realiti sebab dia produser Astro...hehehe

Akhirnya tiga tiket lagi tu teman bagi pada Mas Jozan FC dan memang elok benor la pun sebab dapatlah join geng JOZAN FC di sana. Kalau ternampak kad huruf J-O-Z-A-N tu (kat tv memang tak nampak pun sebab kamera tak zoom), yang pegang huruf N tu teman le. Siap kena sound lagi dengan floor manager sebab pegang huruf N terbalik hahaha..

Nak masuk dewan tu jenuh la beratur dan arahan petugas tu  pun mengelirukan sampai ramai penonton tak faham. Lama juga le menunggu. Kemudian Ibu (mak Zizan) tiba so semua Jozan FC pergi borak dengan dia. Kalau nak tahu, Ibu ni sangat mesra alam orangnya dan dia suka semua orang panggil dia Ibu. Cantik sangat orangnya, patutlah anaknya hensem..hehe...selain Ibu, mak sedara Zizan pun ada. Dia pulak bahasakan dirinya Umi. Mak sedara Zizan ni pun sama peramah macam Ibu, dan kami berborak sakan macam dah kenal bertahun-tahun....Yang comelnya Ibu dan Umi panggil Zizan "Adik". Manja gitu...hehehe

                             Ibu yang cantik dan peramah..

Tiba masanya, kami pun masuklah ke dewan...seatnya di bahagian atas (CC) jadi memang tak berapa strategik tapi takpelah asalkan dapat sokong Jozan. Secara jujurnya, teman sangatlah mengantuk tengok pelawak yang lain tu sampai nak terlena...tapi time Jozan memang segar-bugar lah hahaha...selain Jozan pada teman yang paling kelakar adalah Dato' AC Mizal. Penonton pun memang suka sangat dia, bila dia muncul ada yang berlaung "Kita karan dia" and bila dia umumkan sesuatu ramai yang jerit "Betul ke bohong?"...memang kelakar dan AC pun ada saja response nya :)

Bila Jozan keluar, stadium memang macam nak runtuh. Kalau kita tengok di tv pun memang penonton terujalah dengan persembahan Jozan. Maksudnya majoriti peminat yang bukan Jozan FC tu adalah peminat Jozan juga. Kalau kita tengok di kaca tv pun kita boleh dengar penonton tak berhenti bersorak masa giliran Jozan...bukan semua pelawak dapat response sebegitu...


Memang terujalah tengok aksi Johan sebagai AWIE aka Awas Bonggol di Hadapan...and of course bro kita Zizan memang hyper dan aktif sebagai peminat nerd tu...hehe. Sampai keluar air mata Awie ketawa. Ada seorang cameraman ni punyalah excited nak tangkap gambar reaksi Awie sampai jatuh tergelincir, itu yang korang boleh dengar AC kata "belum apa dah jatuh"..

Lepas show sempat jumpa dengan sis Marina Juki...mulanya dia kata tak dapat datang sebab ada wedding sepupu, tapi akhirnya dia singgah juga. Pada siapa yang belum tahu, sis Marina ni sangatlah baik dan peramah orangnya, selain cantik (tapi kalau puji-puji dia selalu tak mengaku..hehe). Apa-apa gosip yang korang baca tu abaikan je lah..memang tak benar!!! 

Lama menunggu lepas show, akhirnya Johan keluar dewan. Masa tu pelawak lain semua dah keluar, tapi Marina kata Jozan ada press conference. So Jozan paling lambat balik. Johan keluar dulu dengan wife dia. Sempat la ambik gambar Johan dan Ozlynn yang memang Hot Mama tu..

                      
Sweet Couple!

Lepas tu Zizan pulak keluar, tapi "dilarikan" oleh PAnya Black. Memang kalau tak buat gitu, jawabnya Zizan tak baliklah. Ramai nak kerumun dia. Malam tu dia memang letih sangat sebab sibuk sepanjang hari. Tapi teman sempat jumpa dia tanpa dirancang...so teman tunjuklah manila kad yang teman sempat buat sebelum datang ke Dewan MBSA. Dari pentas memang tak nampak sebab kecik...Zizan ni memang amat memahami orangnya, terus dia amik manila kad tu and dia posing...so teman tangkap la gambar dia. Ni teman nak cakap, tak sia-sialah korang sokong bro kita tu...Dia memang artis yang sangat menghargai peminat dan tak pernah  jemu layan peminat...tak kira betapa penatnya dia...and dia memang baca semua tweet. Walaupun mata dia dah kuyu tetap dia baca semua tweet peminat...yang ni teman tengok sendiri :)

Ada yang tanya apa yang Zizan cakap, of course la dia cakap terima kasih sebab sokong dia. Tapi bila tengok kad tu terus dia kata "Eh Twitter Family punya!" sambil senyum...hehe...teruskanlah menyokong dan mendoakan dia...he deserves it :) Walaupun dia memang mengantuk sangat, dia baca semua tweet tu...Walau apa gosip pun korang baca, abaikan jelah sebab hakikatnya he is one of the nicest human beings on earth ;)

Gambar ada kat FB teman ALBUM MAHARAJA LAWAK MEGA 2012 EPISOD 1

Anyway tahniah Jozan sebab #TeamJozan trending semalam dan dapat undian tertinggi...moga berkekalan hingga bergelar juara...amin..PS: Jangan lupa promo Shout Awards sebab minggu depan dah tutup...22 November...And thank you Mas Jozan FC yang begitu sporting dan baik hati..

Eh...sapa lagi tak jadi ahli blog teman? Just click sini >> https://accounts.google.com/NewAccount Buat akaun google and klik "join this site "..






Thursday 15 November 2012

JOZAN FOREVER!!!

SALAM SEMUA...MELATI DESA & KAK LONG IN THE HOUSE...FB Mel www.facebook.com/HotNewsBeritaTerkiniZizanRazak masih belum post lagi...so masih menumpang blog ni ye...apa pun semua excited sebab Maharaja Lawak Mega 2012 kan bersiaran malam ini!! Apa lagi Kak Long yang kan tengok live malam ni ye..(kata Kak Long: nervous la pulak..hehe). Doakan dipermudahkan untuk Kak Long Needa ye..

Mel pun tak tahu nak cakap panjang-panjang (almost speechless) , Berita Hari ini sekadar makluman tentang MLM hari ini dan harap korang tolong tengok video kami banyak-banyak...c'mon guys sikit lagi video Zizan Razak nak dapat 1000 views! Kalau google boleh detect, senang tarik orang tengok blog & FB kita kan baru senang kita promo bro kita ZIZAN RAZAK & Jozan too...


BERITA HARI INI (16/11/2012)

1. #MaharajaLawakMega - Masa yang di nanti akan tiba tak lama lagi! Tinggal SEHARI sahaja lagi!! Korang sume nak tengok Maharaja Lawak Mega secara langusung? Jom dapatkan Pass Masuk Percuma di Auditorium MBSA.. Pas akan mula di edarkan mulai setiap jumaat bermula 3 petang.. Pas masuk adalah TERHAD!! KLIK: http://www.facebook.com/MaharajaLawak

2.#MaharajaLawakMega - Jom hidupkan enjin TWITTER anda dan sertai peraduan MEGA TWEET RACE! akan datang! dan jangan lupa saksikan himpunan pelawak-pelawak beraksi di Maharaja Lawak Mega 2012, yang akan mula bersiaran pada 16 November 2012 di Astro Warna, Mustika HD dan Astro On-The-Go!Dan pada minggu pertama anda juga boleh saksikan di Youtube Astro Gempak


3. JANGAN LUPA VOTE ZIZAN FOR SHOUT AWARDS!! TUTUP 22 NOV!! PASTU TAK PERLU  
    UNDI DAH...AND TOLONG PROMO YE NANTI LUPA SEBAB ADA MLM!! 
    KLIKVOTE  ZIZAN RAZAK FOR SHOUT AWARDS!!!

WATCH!!!!

 

WATCH!!