Monday 26 November 2012

ZIZAN'S TWITTER FAMILY BERNIAGA PULAK...

*UPDATED: Kuiz Zizan's Twitter Family yang pertama dimenangi oleh Nur Husna Izzati, Nurkhairunnisa dan Noraini. Hadiah telah saya poskan dan saya dah telefon mereka semua. Ada sedikit kelewatan sebab tshirt tidak dibenarkan hantar melalui Pos Ekspres. Jadi kena hantar balik melalui Poslaju. Hadiah tiket Shout Awards telah pun diterima oleh pemenangnya Asniza. So harap tiada yang buat fitnah ye...berdosa tu...kami buat kerja dengan ikhlas, tiada niat nak untung atau tipu sesiapa pun..


Salam semua...pertamanya terima kasih kepada Sis Marina Juki dan bro kita Zizan Razak sendiri yang banyak menyokong Zizan's Twitter Family. Sampaikan Zizan's Lil Sis pun dapat shout out dari Abang Jijan deme...wahhh suka lah kome...hahaha...maaflah terkeluar pulak bahasa Peghak ni...tq jugak Amani sebab bersungguh-sungguh jaga team adik-adik Zizan ni...percayalah walaupun umur muda tapi adik-adik ni besar kuasanya sebagai pengundi dan tukang promosi kan Amani kan? 

Syahdu pulak Zizan dua tiga hari ni...
Tayang baju sikit...hehe
Kepada semua peminat Zizan, Zizan's Twitter Family ada beberapa program. Antaranya jualan tshirt dan kalender. Jualan pertama adalah kalender sempena ABPBH 2012. TOLONG BACA BETUL-BETUL SUPAYA TIADA MASALAH NANTI..Pertamanya teman nak pesan yang projek ini adalah semata-mata untuk tujuan amal dan untuk undi Zizan & Kaka...teman akan cuba dapatkan printing yang terbaik...tapi harap sesiapa yang sudi beli tu, terimalah seadanya ok...insyaAllah niat kita baik dan dapat mendatangkan banyak kebaikan...Jasa korang hanya Allah yang membalasnya...


SEBELUM TEMPAH BACA DULU AKADNYA....BUKAN NIKAH ATAU PINJAMAN BANK RAKYAT JE ADA AKAD....hehehe


DESIGN KALENDAR, KLIK SINI >>> 
KALENDAR ZIZAN@ABPBH/TABUNG GAZA

MAKLUMAT JUALAN KALENDAR ZIZAN@ABPBH 

1. Ini adalah inisiatif Zizan's Twitter Family dan sudah rujuk kepada manager Zizan, Sis Marina Juki. Setiap jualan akan dilaporkan pada Sis Marina.Sebarang kekurangan atau kesilapan  adalah dari pihak kami dan bukan dari pihak Zizan atau Sis Marina..Maafkan kami ye...



2. Tujuan menjual kalender utk mengumpul wang utk undian ABPBH serta tabung aktiviti Zizan's Twitter Family, di samping  menderma kpd Tabung Gaza. 



3. 4 keping kalender saiz 4R dijual dengan harga RM10. Dengan bayaran ini, sesiapa yg beli akan mendapat 4 keping kalender. Kosnya adalah anggaran RM5 termasuk wang pos. Baki RM4.50 digunakan untuk undian ABPBH. Bererti dgn setiap pembelian, anda bantu Zizan & Kaka mendapat 3 undian (Kos BH = RM1.50 x3=RM4.50). Jika ada baki, masuk ke tabung aktiviti.



4. Sebanyak RM0.50 akan disumbangkan kepada Tabung Gaza, klik >>YAYASAN KEAMANAN GLOBAL PERDANA




5. Tujuan kita beli utk sokong Zizan sambil berderma...jadi harap jangan ada tak puas hati dan sebagainya...kualiti gambar tu sesuai la dgn harga...klu nak lg cantik, mahal...niat kami adalah sokong Zizan sambil bersedekah, langsung tiada niat ambil untung atau motif lain...faham kan...


6. Sesiapa yg berniat membuat tempahan sila PM (mesej ke inbox FB Kak Long iaitu teman le), klik sini >> FB KAK LONG ZIZAN'S TWITTER FAMILY dgn nama, no telefon, alamat dan jumlah tempahan. Cara bayaran akan dijelaskan dalam PM.


Terima kasih pada Team Zizan's Twitter Family iaitu Banu, Ain, Nurul, Aida, Eym, Mel, Fyza, Fariha aka My Kak Ngah, Ika dan Ena (yang dah ada geng pulak sekarang)....




1 comment:

  1. moga dipermudahkan usaha kita...amin...sayang our twitter family..sayang zizan & sis marina too

    ReplyDelete